Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Polis Tahan 4 Lelaki,...

JOHOR BAHRU - Polis menahan empat lelaki dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai...

Insentif Bawa Pelancong Ke...

BAGAN DATUK — Pengendali dan penggiat industri pelancongan tempatan diminta supaya bergabung bagi...

7 Merusuh Semasa Pemilihan...

SHAH ALAM – Polis menahan tujuh individu bagi bantu siasatan kejadian merusuh semasa...

Agama Islam Tidak Diskriminasi,...

PUTRAJAYA - Islam adalah agama rahmat yang tidak mendiskriminasi dan menzalimi sesiapa semata-mata...

Pesawat Terbakar: 141 Penumpang Nyaris Maut

SERAMAI 141 penumpang termasuk anak kapal terpaksa berdepan dengan detik cemas apabila pesawat Peruvian Airlines terbakar ketika mendarat di lapangan terbang berhampiran bandar Ander, Jauja, Peru, pada Selasa.

ABC News melaporkan, pesawat Boeing 737-300 itu melencong ke kanan sebelum tersasar dari landasan ketika mendarat.

Pihak berkuasa sedang menyiasat kejadian itu yang berlaku pada 4.30 petang Selasa (5.30 pagi Rabu waktu Malaysia) di lapangan terbang Francisco Carle yang terletak 265 kilometer dari Lima.

Peruvian Airlines dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Twitter mengesahkan kejadian dan semua 141 penumpang dan anak kapal selamat.

Namun, punca kejadian masih tidak diketahui setakat ini dan pihaknya masih mengumpul maklumat berhubung insiden itu.

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri Peru, Carlos Basombrio berkata, kebakaran dipercayai berlaku apabila sayap terkena landasan.


“Pesawat gagal berhenti di landasan dan mereka cuba memberhentikannya menggunakan sayap.

“Ini mungkin menyebabkan berlakunya kebakaran,” katanya.

Kejadian tersebut menjadi tular di media sosial dengan memaparkan kebakaran pesawat berkenaan dan keadaan penumpang yang cuba menyelamatkan diri.

Selain itu dapat dilihat pasukan penyelamat cuba memadamkan kebakaran pada pesawat dan api yang semakin marak di sekitar pesawat. – MYNEWSHUB.CC

Kategori