Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Jangan Silap Langkah Pilih...

LAHAD DATU - Penduduk Lahad Datu dinasihatkan agar tidak tidak membuat pilihan yang...

KPDNHEP Teluk Intan Pantau...

TELUK INTAN - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memantau...

Makna Di Sebalik Hatrik...

DATUK Seri Mohamad Hasan memilih hanya untuk meletakkan nama ‘Tok Mat’ dan bukan...

Pasangan Cilik Baru Berusia...

SEORANG bapa, Nasser Hassan menerima kecaman ramai selepas dia mengumumkan pertunangan anak perempuannya yang...

PM Ucap Tahniah Kepada TMJ Jadi Presiden FAM

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang disahkan sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Sabtu.

“Merafak sembah setinggi-tinggi tahniah kepada Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor atas kemenangan jawatan Presiden FAM,” kata Najib dalam catatan di laman Twitternya, malam Sabtu.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin mengumumkan Tunku Ismail menang jawatan Presiden FAM tanpa bertanding bagi penggal 2017-2021 sempena Kongres FAM ke-53, Sabtu.

Sebelum ini pencabar jawatan itu, Tan Sri Annuar Musa yang juga Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), menarik diri daripada bertanding Khamis lepas kerana mahu memberi penghormatan dan laluan kepada Tunku Ismail serta demi kebaikan bola sepak negara. – BERNAMA

Kategori