Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Usul Hadi Mengenai Hudud...

KUALA LUMPUR - Rang Undang-Undang Persendirian berkaitan hudud yang akan dibentangkan oleh Presiden...

Rafizi Tak Masuk Pejabat...

KUALA LUMPUR - Kepakaran Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang juga Ahli...

Azizulhasni Gagal Ke Final...

KUALA LUMPUR – Pelumbal trek elit negara, Mohd Azizulhasni Awang gagal mara ke...

1.22 Juta Lengkap 2...

KUALA LUMPUR - Seramai 1,220,939 individu sudah melengkapkan dua dos vaksin Covid-19 di...

PM Ucap Takziah Kepada Keluarga Siti Rahmah

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan takziah kepada keluarga veteran UMNO Datuk Siti Rahmah Kassim yang meninggal dunia pagi tadi.

“Innalillah. Terima berita sedih. Datuk Siti Rahmah Kassim telah pulang ke rahmatullah pada pagi tadi.

“Takziah kepada keluarga. Al-Fatihah,” kata Najib menerusi laman Twitternya malam ini.

Siti Rahmah yang juga pejuang kemerdekaan itu meninggal dunia kerana sakit tua di rumah anaknya di Kelana Jaya pada 10.55 pagi tadi, meninggalkan empat anak perempuan dan seorang lelaki.

Jenazah Siti Rahmah, 91, disembahyangkan selepas solat Asar di Masjid Al-Hidayah, Kelana Jaya sebelum dikebumikan pada kira-kira 5.40 petang tadi.


Allahyarham adalah wanita pertama yang menyerahkan barang kemasnya kepada bekas Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman untuk menampung perbelanjaan rombongan ke London dalam misi menuntut kemerdekaan. – BERNAMA

Kategori