Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Zon Merah COVID-19 Wajar...

KUALA LUMPUR - Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) wajar diperluaskan segera jika...

Pecah Amanah: Bekas Presiden...

IPOH - Mahkamah Sesyen Ipoh pada Khamis menjatuhkan hukuman penjara tiga hari dan...

Telur Mentah Dengan Ulat...

SEKUMPULAN pengapit lelaki terpaksa mengharungi 'halangan' yang boleh meloyakan tekak sebelum dibenarkan membawa keluar...

Banyakkan Rumah Kos Rendah...

CYBERJAYA - Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Johari Abdul Ghani hari ini mengulangi gesaan...

Polis Buru 3 Anggota ‘Geng Vicky’, Aktif Pecah Rumah

KAMPAR – Polis Kampar kini giat memburu tiga anggota ‘Geng Vicky’ yang sebelum ini aktif melakukan pecah rumah di daerah ini termasuk satu kes melibatkan kerugian hampir RM400,000 pada Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Kampar Supt Ng Kong Soon berkata tiga suspek yang berusia awal 20-an itu adalah sebahagian daripada geng tujuh anggota.

Empat daripada mereka termasuk ketuanya sudah ditangkap dan didakwa di mahkamah pada Jumaat lepas, katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Ng berkata modus operandi mereka ialah memecah masuk rumah yang tiada penghuni dan mengambil barangan berharga yang kemudian dilupuskan manakala hasil dibahagi sama rata dengan kebanyakannya digunakan untuk berhibur.


Penangkapan empat lelaki itu adalah susulan kejadian samun di Mambang Diawan pada 8 Jan lalu melibatkan rumah seorang kontraktor berusia 60 tahun.

Katanya dalam kejadian itu, mangsa kerugian hampir RM400,000 apabila geng tersebut melarikan barangan kemas, dua motosikal, komputer riba serta peti besi mengandungi wang tunai. – BERNAMA

Kategori