Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Pahang Cadang Nilai Kawasan...

KUANTAN - Kerajaan negeri Pahang bercadang menilai semula hutan yang diwartakan sebagai kawasan...

Gaza Ibarat Bom Jangka

GENTING GAZA - Penduduk Palestin di kejiranan Rimal di Genting Gaza kini berada...

Kerajaan Negeri Dibantu Walaupun...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata semua kerajaan negeri akan...

Jho Low Tinggalkan Macau...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan bahawa ahli perniagaan yang dikehendaki...

Polis Gagalkan 15 Cubaan Serangan Pengganas – KDN

KUALA LUMPUR – Polis menggagalkan 15 cubaan serangan pengganas kumpulan militan Daesh di negara ini sejak Feb 2013 hingga sekarang.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyatakan ini jelas membuktikan komitmen kerajaan untuk membendung elemen kumpulan militan itu daripada berkembang dan mengancam keselamatan negara.

KDN menyatakan demikian dalam jawapan bertulis pada persidangan Dewan Rakyat hari ini bagi menjawab soalan Tan Seng Giaw (DAP-Kepong) yang bertanya mengenai perkembangan terkini Daesh dan kegiatan ektremis di Malaysia.

Menurut KDN seramai 398 individu telah ditahan bagi kesalahan berkaitan keganasan sepanjang tempoh 2010 hingga bulan lepas.

“Seramai 271 individu mempunyai kaitan dengan kumpulan militan Daesh dan bakinya berkaitan dengan kumpulan pengganas lain,” kata KDN.


Daripada jumlah itu, seramai 25 orang ditahan pada 2010, 41 orang (2011), sembilan orang (2012), 11 orang (2013), 75 orang (2014), 104 orang (2015) dan 126 orang (2016).

Tujuh orang lagi ditahan dari 1 Jan hingga 22 Feb lepas. – BERNAMA

Kategori