Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Model Tikam Kembar Kerana...

CROATIA – Akibat cemburu, seorang model menikam kembarnya kerana mempunyai hubungan dengan lelaki...

Kematian Doktor Pelatih: Polis...

GEORGETOWN - Polis akan merekod keterangan ahli keluarga seorang doktor pelatih Hospital Pulau...

ECRL Bukan Projek Membazir...

KUANTAN - Pelaksanaan Projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) bukan pembaziran kerana...

Pencipta Nama Proton Saga...

PENCIPTA nama kereta nasional pertama negara 'Proton Saga', Staf Sarjan (B) Ismail Jaafar...

Polis Kelantan Bongkar Kegiatan Geng Culik

KOTA BHARU – Polis Kelantan membongkar kegiatan sekumpulan penculik diketuai seorang etnik Rohingya yang disyaki menculik mangsa daripada kalangan etnik mereka sebelum memeras wang daripada keluarga mangsa.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Dr. Ab Rahman Ismail kumpulan itu yang dipercayai dibantu warga tempatan dikesan sudah melakukan kegiatan jenayah itu sejak 15 tahun lepas.

Kegiatan kumpulan yang dikenali sebagai ‘Geng Saiful’ terbabit terbongkar hasil kejayaan penubuhan pasukan petugas Polis Kontinjen Kelantan yang menjalankan operasi sejak Ahad lepas setelah seorang etnik Rohingya berusia 17 tahun dilaporkan diculik.

Ketua kumpulan itu bagaimanapun berjaya meloloskan diri daripada polis.

“Pada pukul 2.30 pagi hari ini, seorang remaja lelaki Rohingya berusia 17 tahun berjaya diselamatkan polis selepas tujuh hari dikurung sindiket pemerasan Geng Saiful di sebuah rumah di Taman Desa Kesatria, Kok Lanas, di sini,” katanya kepada pemberita di Kok Lanas hari ini.

Beliau berkata serbuan tersebut dilakukan selepas polis menerima laporan daripada sepupu mangsa berusia 19 tahun pada hari Ahad lepas berkaitan penculikan mangsa.

Katanya sebelum itu, sepupu mangsa dikatakan menerima panggilan daripada suspek memaklumkan mangsa diculik di tepi jalan pada 21 Mac lalu di sekitar Kok Lanas dan meminta wang RM30,000 untuk melepaskan mangsa.


“Daripada laporan sepupu mangsa itu, polis kemudiannya bertindak menyerbu beberapa lokasi di sekitar Kota Bharu dan Tanah Merah serta menahan beberapa suspek.

Hasil soal siasat, hari ini kita menyerbu sebuah rumah di Kok Lanas sebelum menahan seorang suspek dan menemui mangsa dalam keadaan selamat dalam rumah berkenaan,” katanya.

Ab Rahman berkata ketika dikurung oleh penculik, mangsa memberitahu dicucuk dengan jarum dan dipukul dengan tangan untuk menakut-nakutkannya.

Beliau berkata pihaknya sedang memburu tiga lagi suspek termasuk seorang suspek utama dikenali Saiful yang juga berketurunan Rohingya.

Kesemua suspek seramai 11 orang termasuk seorang wanita, sudah ditahan reman iaitu empat hari bagi penduduk tempatan manakala dua hari bagi warga asing, katanya. – BERNAMA

Kategori