Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Kecoh Pasar Raya Rosyam...

ALAHAI... Tahun lalu ketika umat Islam mula berpuasa bulan Ramadan, dunia hiburan tanah...

Agong Rasmikan Masjid Sultan...

MELAKA - Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V hari ini berkenan berangkat merasmikan...

Minggu Terakhir Sidang Dewan...

KUALA LUMPUR - Persidangan minggu terakhir Dewan Rakyat yang berakhir semalam mencipta sejarah...

Isu 1MDB Bukan Penghalang...

KUALA LUMPUR - Isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bukan faktor penghalang kemasukan pelaburan...

Suspek Tembak Ahli Perniagaan Dikenal Pasti

GEORGE TOWN – Polis Pulau Pinang telah mengenal pasti pihak yang terlibat dalam kes tembak seorang ahli perniagaan wanita di Jalan Bukit Gambir, berdekatan Taman Pekaka di sini bulan lepas.

Timbalan Ketua Polis negeri Datuk Roslee Chik berkata pihaknya sedang mengesan suspek berkenaan dan percaya kes itu akan dapat diselesaikan.

“…memang kami ada beberapa petunjuk baharu siapa yang terbabit dan kita sedang menjejaki mereka,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Sambutan Peringatan Hari Polis ke-210 di Ibu Pejabat Kontinjen Negeri (IPK) Pulau Pinang, di sini hari ini.

Roslee berkata setakat ini polis belum dapat mengenal pasti motif kejadian.


Dalam kejadian pada 21 Februari lepas, Ruby Lee Poh Ai, 49 yang memandu kereta seorang diri dihampiri dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal sebelum seorang daripadanya melepaskan lebih 10 das tembakan ke arah wanita itu.

Mangsa yang terbabit dalam perniagaan logistik perkapalan maut di tempat kejadian. – BERNAMA

Kategori