Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Exco P.Pinang Hadir Sekali...

GEORGE TOWN - Exco kerajaan negeri Pulau Pinang Phee Boon Poh hari ini...

Kompaun RM4.4 Juta Dikeluarkan...

PETALING JAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah...

Tambah Baik Sistem Kesihatan...

GEORGETOWN : Kementerian Kesihatan (KKM) digesa menambah baik sistem kesihatan awam negara kerana...

Pelancongan Berasas Sukan Rekreasi,...

BAGAN DATUK - Pelancongan berasaskan sukan rekreasi dan makanan akan diberi tumpuan bagi...

Polis Perak Kaji Tahap Kesihatan Anggota

IPOH – Polis Perak sedang menjalankan kaji selidik untuk mengenal pasti tahap kesihatan dan kecergasan anggotanya, kata Pemangku Ketua Polis Perak Datuk Hasnan Hassan.

Beliau berkata ia dijalankan bagi memperoleh maklumat tentang bilangan anggota yang cergas serta mempunyai tahap kesihatan yang baik atau sebaliknya.

“Anggota perlu mengisi maklumat mengenai diri mereka dan dari situ kita dapat tahu berapa ramai yang ‘fit’ dan berapa ramai yang tidak,” katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan Bulanan Kontinjen Perak di sini hari ini.

Katanya, tahap kesihatan dan kecergasan anggota polis amat penting kerana ia adalah satu daripada kriteria untuk kenaikan pangkat dan pengesahan jawatan seperti yang diumumkan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Menurut Hasnan, setakat ini pihaknya belum menghantar anggota untuk mengikuti latihan tertentu namun, mereka wajib menghadiri aktiviti seperti senaman dan ceramah yang diadakan setiap Jumaat mulai pukul 3 hingga 5 petang.


Pada Disember tahun lepas, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengarahkan semua pegawai dan anggota polis melakukan pemeriksaan saringan kesihatan setahun sekali.

Arahan itu dikeluarkan bagi memastikan kesihatan fizikal dan mental anggota serta pegawai berada pada tahap terbaik untuk menjalankan tugas kepada negara. – BERNAMA

Kategori