Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Lelaki Cuba Rampas Senjata...

KUALA LUMPUR - Seorang anggota polis cedera selepas bergelut dengan seorang lelaki tempatan...

Kereta ‘Hancur’ Bukan Parkir...

KECOH di laman sosial apabila apabila sekeping gambar sebuah kereta jenis Perodua Myvi...

KKM Mula Siasatan Penjualan...

PETALING JAYA - Bahagian Kualiti dan Keselamatan Makanan Kementerian Kesihatan (KKM), telah memulakan...

61 Kali Lawat Sarawak...

SONG - Kekerapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melawat Sarawak menjadi...

Polis Rampas 2.5 Juta Pil Erimin 5 Bernilai RM50 Juta

KUALA LUMPUR – Polis menahan 10 individu dan merampas 2.5 juta pil Erimin 5 yang dianggarkan bernilai RM50 juta, dipercayai rampasan terbesar tahun ini, dalam operasi khas membanteras dadah di sekitar ibu negara dan Selangor semalam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata serbuan itu dilakukan Pasukan Khas Taktikal dan Risikan Narkotik (STING) Bukit Aman.

“Syabas STING @PDRM tadi (semalam) tangkap 10 orang di Kuala Lumpur dan Selangor. Rampas 2.5 juta pil erimin 5 bernilai RM50 juta di Klang. #GoPDRMGo,” katanya dalam akaun Twitter rasminya.

Beliau turut mengucapkan syabas kepada Pasukan Tindakan Khas Anti Maksiat, Judi dan Gengsterisme (STAGG) atas kejayaan menangkap 390 orang pelayan (GRO) dan tukang urut selain turut menangkap 468 orang suspek dan merampas 3,210 komputer judi dalam operasi seluruh negara.


“Syabas lagi STAGG @PDRMsia gempur maksiat seluruh negara sepanjang minggu lalu, tkap 390 org GRO dan tukang urut. #GoPDRMGo.

“Syabas STAGG @PDRMsia gempur judi seluruh negara, sepanjang minggu lalu. Tangkap 468 orang dan rampas 3210 comp. #GoPDRMGo,” katanya. – BERNAMA

Kategori