Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Wajib Sedia Tempat Duduk...

PUTRAJAYA - Penguatkuasaan mewajibkan penggunaan tempat duduk khas untuk bayi dan kanak-kanak dalam...

Amyra Rosli Selar Dakwaan...

BARU-BARU ini pelakon, Amyra Rosli teruk dikecam netizen tempatan dek kerana didakwa tidak...

Peket Rokok 10 Batang...

KUALA LUMPUR - Cadangan pengenalan semula peket rokok 10 batang adalah langkah yang...

Osman Sapian Meninggal Dunia

JOHOR BAHRU: Bekas Menteri Besar Johor, Osman Sapian meninggal dunia di kediaman anaknya...

Polis Rampas 61 Paket Dadah, Tahan 3 Individu

JEMPOL – Polis merampas dadah jenis heroin seberat 400.63 gram dan syabu seberat 68.48 gram serta menahan dua lelaki tempatan dan seorang wanita warga Indonesia di sebuah rumah di Bahau, dekat sini, semalam.

Dalam serbuan pukul 4 petang itu, kesemua suspek berusia antara 17 dan 35 tahun tersebut ditahan sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol.

Timbalan Ketua Polis negeri, SAC Muhamad Zaki Harun berkata pihaknya menunggu selama 30 minit sebelum kesemua suspek yang menaiki kenderaan jenis Toyota Vios tiba di hadapan rumah itu.

“Polis kemudian menghampiri kereta dan wanita yang keluar dari kereta tersebut untuk membuka pagar rumah itu, sebelum secara tiba-tiba pemandunya bertindak mengundurkan kenderaan berkenaan untuk melarikan diri.

“Setelah kereta itu berhenti, dua lelaki keluar dari kenderaan berkenaan itu untuk melarikan diri. Bagaimanapun mereka dapat ditahan selepas dua minit bergelut dengan anggota polis,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Turut hadir, Ketua Polis Daerah Jempol, Supt. Noorzainy Mohd Noor.

Mengulas lanjut, Muhamad Zaki berkata pemeriksaan ke atas ketiga-tiga suspek tidak menjumpai barang salah dan saringan air kencing mendapati ketiga-tiga mereka positif dadah jenis methamphetamine.


Namun, pemeriksaan ke atas kereta itu menemui dua beg bertali yang diletakkan di tempat letak kaki penumpang hadapan yang mengandungi 37 paket lutsinar disyaki heroin dan 24 paket lutsinar berisi ketulan jernih disyaki syabu dan satu alat penimbang.

“Turut ditemui tiga paket plastik lutsinar yang kosong dipercayai digunakan untuk membungkus dadah. Siasatan lanjut ke atas rumah terbabit juga tidak menemui apa-apa barang salah.

“Kesemua dadah yang dirampas bernilai RM15,000. Selain itu, kita juga turut menyita kereta tersebut dan dua motosikal yang berada di laman rumah berkenaan,” katanya.

Beliau berkata jumlah kesemua rampasan termasuk dadah adalah bernilai RM80,000.

Menurutnya kes disiasat mengikut Seksyen 39B (1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan dan Seksyen 15 (1) (a) ADB 1952 yang memperuntukkan penjara dua tahun, denda RM5,000 dan pengawasan dibawah Seksyen 38B ADB 1952 selama tidak lebih dari tiga tahun. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • dadah

Kategori