Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

12 Didenda Kutip Sampah...

SEMPORNA - Padah membuang sampah sesuka hati, seramai 12 individu didenda melakukan kerja...

Kos Landasan Berkembar Gemas-JB...

KULAI - Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru (PLBEGJB) tidak akan mengalami sebarang...

Filipina Selaras Sekolah Islam...

SINGAPURA - Setiausaha Pertahanan Filipina, Delfin Lorenzana kelmarin berkata, negaranya akan menyeragamkan sistem...

Polis Saman Diri Sendiri...

MILWAUKEE (Amerika Syarikat) - Seorang polis menunjukkan sifat dedikasi terhadap pekerjaannya dengan menyaman...

Polis Sahkan Kes Samun Di Stesen Minyak Palsu

SHAH ALAM – Polis mengesahkan mesej yang tersebar melalui aplikasi WhatsApp berhubung dua kejadian samun yang didakwa berlaku di sebuah stesen minyak di Seksyen 7 di sini, adalah palsu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Shafien Mamat berkata kejadian samun yang dikatakan membabitkan sekumpulan tiga lelaki bersenjatakan parang serta pisau itu tidak pernah berlaku.

“Saya sahkan tiada laporan polis diterima (berhubung kejadian samun). Pihak polis juga telah membuat pertanyaan kepada semua petugas stesen minyak berkenaan dan mereka menafikan kejadian itu.

“Cerita ini sengaja ditularkan oleh pihak tertentu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menerusi mesej yang tular sejak minggu lepas, seorang individu mendakwa beliau dan rakannya disamun ketika sedang mengisi minyak di stesen minyak itu pada 18 Mac lalu.


Dakwa individu tersebut, mereka telah dihampiri seorang lelaki bersenjatakan pisau dan disuruh menyerahkan dompet serta telefon bimbit.

Mesej itu turut mendakwa kumpulan terbabit juga telah melakukan samun terhadap rakan individu berkenaan di tempat yang sama, dua hari kemudian. – BERNAMA

Kategori