Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Mengaku Tak Bersalah Rogol...

PUTRAJAYA – Seorang pekerja sebuah syarikat penyelenggaraan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Jenayah...

Musa Aman Dipanggil Ke...

PUTRAJAYA – Bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman dipanggil ke ibu...

Kopi Najis Gajah Popular...

BANGKOK - Orang ramai yang ingin menikmati keenakan kopi yang menggunakan biji-biji kopi...

Gerakan Terima Azmin Dengan...

KUALA LUMPUR - Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) menerima Datuk Seri Mohamed Azmin...

Polis Sarawak Tahan 39 Suspek Judi Dalam Talian

MIRI – Polis menahan 39 individu, termasuk 22 wanita, dipercayai terbabit dengan penjualan tiket loteri empat digit (4D) haram dan judi dalam talian di negeri ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Datuk Dev Kumar berkata penahanan itu dibuat susulan 25 serbuan yang dilakukan dari 20 hingga 26 Mac terhadap pengusaha loteri 4D haram dan judi dalam talian di seluruh negeri ini.

Kesemua suspek berusia antara 17 dan 40 tahun, katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata 20 daripada serbuan itu adalah terhadap pengusaha loteri 4D haram, yang membawa kepada penahanan 29 individu dan rampasan wang tunai berjumlah RM10,714.

“Telefon bimbit, pencetak mudah alih, mesin kira dan alat tulis turut dirampas,” katanya, dan menambah, sebahagian besar daripada serbuan itu dilakukan di Kuching dan Padawan.

Mengenai judi dalam talian, Dev berkata serbuan dilakukan di Lawas, Limbang, Serian dan Marudi yang membawa kepada penahanan 10 individu.


“Sebanyak 40 komputer, tablet dan mesin video yang digunakan untuk kegiatan perjudian itu dirampas, selain wang tunai berjumlah RM3,440,” katanya.

Beliau berkata kesemua yang ditahan disiasat bagi kesalahan mengikut Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953.

“Operasi ke atas perjudian haram di negeri ini akan diteruskan,” katanya. – BERNAMA

Kategori