Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Anak Mungkin Cacat Di...

KUALA TERENGGANU - "Anak saya mungkin mengalami kecacatan di muka dan tangan sebab...

Beberapa Jalan Di Gombak...

KUALA LUMPUR - Sebanyak lima lokasi Sekatan Jalan Raya (SJR) diadakan dan sembilan...

PRU-15 Lebih Awal Jika...

KOTA BELUD - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata Pilihan Raya Umum...

FELCRA Keluar Ayam, Daging,...

Kuala Lumpur : FELCRA Berhad akan mula mengeluarkan ayam daging, beras dan minyak...

Polis Tahan 13 Suspek Terlibat Curi Kenderaan

PASIR PUTEH – Remaja berusia 14 tahun adalah antara 13 lelaki yang ditahan polis dalam Op Rejang kerana dipercayai terbabit dalam kegiatan curi kenderaan di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh DSP Abdu Rozak Muhamad berkata kesemua mereka yang berusia antara 14 dan 31 tahun itu ditahan dalam operasi pada Ahad dan Isnin lalu.

Mereka ditahan kerana menggunakan empat kereta dan lapan motosikal yang disyaki dicuri dan diubah suai, katanya dalam sidang media di sini hari ini.

“Kesemua kenderaan yang dirampas dianggarkan bernilai RM100,000 dan hasil ujian air kencing mendapati lima suspek turut positif dadah,” katanya.


Beliau berkata 50 anggota termasuk enam pegawai terbabit dalam operasi berkenaan yang dilakukan di sekitar jajahan ini.

Katanya kes disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri dan kesemua suspek direman selama empat hari bermula dari tarikh mereka ditahan untuk membantu siasatan. – BERNAMA

Kategori