Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Tony Pua Perlu Berani...

IPOH - Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua perlu menyahut cabaran berdebat...

Selesaikan Masalah Dalaman Secara...

SEREMBAN - Segala permasalahan dalam persatuan perlu diselesaikan secara demokrasi, kata Timbalan Presiden...

Berilah Laluan Kepada UMNO

IPOH - UMNO Perak mahu semua pihak berlapang dada dan memberi laluan kepada...

MB Selangor Nafi Wujud...

SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari menafikan wujudnya pergolakan dalam pentadbiran...

Polis Tahan 6 Individu Disyaki Pengedar Dadah

LAHAD DATU – Polis menahan enam individu termasuk seorang wanita warga asing yang disyaki pengedar dadah serta merampas 228.97 gram dadah jenis Syabu bernilai RM18,319 dalam lima serbuan di sini dalam tempoh seminggu.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Hamzah Ahmad berkata kesemua suspek yang terdiri daripada tiga lelaki tempatan serta dua lelaki dan seorang wanita warga asing itu berumur lingkungan 26 hingga 32 tahun.

Katanya, pada Isnin lepas seorang lelaki dan wanita warga asing terbabit ditahan sekitar 5.50 petang di Jalan Segama selepas cuba melarikan diri dengan sebuah motosikal.

“Hasil pemeriksaan pada bakul berkunci motosikal yang dinaiki kedua-dua suspek, polis menjumpai satu plastik berwarna oren dan di dalamnya mengandungi satu peket plastik cerah dipercayai Syabu seberat 51 gram bernilai RM4,080,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Pada hari sama, katanya, seorang lelaki tempatan turut ditahan di Kampung Panji kira-kira 5.30 petang, dan polis menemui satu beg plastik berwarna hitam pada poket kanan hadapan seluar suspek yang di dalamnya mengandungi satu peket plastik dipercayai syabu seberat 52.82 gram dianggarkan bernilai RM4,226.


Hamzah berkata, pihaknya juga menahan seorang lelaki tempatan di Batu 3 Jalan Segama pada Jumaat lalu selepas polis menjumpai dua kotak rokok premium yang di dalamnya masing-masing terdapat satu peket plastik lutsinar mengandungi syabu dan nilai rampasan dadah seberat 56.72 gram itu dianggarkan RM4,538.

Beliau berkata pada 6 Mac lalu, polis menahan seorang lelaki tempatan dan warga asing masing-masing di Kampung Panji dan Batu 18.

“Ketika pemeriksaan, polis menemukan dadah syabu seberat 31.81 gram dianggarkan bernilai RM2,545 pada suspek tempatan dan 36.62 gram dadah bernilai RM2,930 ditemui dalam milikan suspek warga asing,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • polis

Kategori