Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Perak Sah Beraksi Di...

KUALA LUMPUR - Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akhirnya mengesahkan Perak menjadi pengganti kepada...

Selangor Terima Jumlah Vaksin...

PUTRAJAYA - Selangor akan menerima 4,008,710 dos vaksin bulan depan, sekali gus menjadikannya...

VIDEO: Kanak-Kanak 17 Bulan...

TIDAK dinafikan ada ibu bapa yang kadangkala suka melihat anak-anak mereka melakukan aksi tidak...

Bruce Selesai Transformasi Jadi...

SELEPAS membuat pengumuman mengejutkan mahu menukar identitinya daripada seorang lelaki kepada wanita beberapa bulan...

Portal SEBENARNYA.MY Untuk Semak Berita Sahih

CYBERJAYA – Portal SEBENARNYA.MY dilancarkan hari ini bagi membolehkan orang ramai menyemak kesahihan berita yang menular di laman sosial.

Dirasmikan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak, portal yang dibangunkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) itu merupakan antara usaha terbaharu pihak kerajaan.

Ia diwujudkan untuk mengekang penyebaran berita palsu bagi memastikan masyarakat menerima berita yang benar-benar sahih.

Berucap pada majlis pelancaran portal itu, Salleh berkata maklumat yang berkaitan akan dikumpul, dianalisa, disahkan dan dimuat naik dalam portal itu untuk rujukan rakyat tanpa mengira latar belakang politik.

Katanya, MCMC sehingga kini telah mengenal pasti hampir 1,000 berita palsu yang mempunyai kepentingan awam menular di dalam negara.

“Berita palsu, bukan sahaja mengelirukan, malah boleh mengancam keselamatan, kemakmuran dan kesejahteraan rakyat dan negara.

“Perkara ini bukan hanya berlaku di Malaysia, tetapi berlaku di Amerika Syarikat, Indonesia dan negara-negara Eropah,” katanya.

Menurut Salleh, rata-rata pengguna Internet di Malaysia memperuntukkan kira-kira tiga jam dalam seharian melayari Internet dan kajian itu turut mendapati bahawa antara aktiviti itu adalah mendapatkan maklumat, berita dan informasi.

Menegaskan bahawa portal berkenaan membawa mesej utama ‘Tidak Pasti, Jangan Kongsi’, Salleh berkata: “Jangan baca dan menerima sesuatu berita bulat-bulat tanpa ada kesahihan.”

Beliau berkata menerusi portal itu, kerajaan mahu mendidik rakyat agar jangan bulat-bulat menerima tanpa melihat kesahihan sesuatu berita.

“Kita tidak mahu orang ramai berkongsi sesuatu berita dengan menggunakan alasan mendapat berita itu dari ‘group sebelah’ dan mohon pencerahan,” katanya.


Salleh, dalam pada itu menegaskan bahawa usaha membendung penularan berita palsu adalah tanggungjawab bersama kerajaan dan rakyat.

Kerajaan, katanya, telah menggembeleng pelbagai program dan kempen seperti ‘Klik dengan bijak’, ‘Semak sebelum Sebar’ untuk memastikan penularan berita palsu dibendung secara efisien.

“Namun demikian, pihak kementerian dan MCMC turut melihat bahawa program kesedaran ini perlu disertakan dengan inisiatif bagi mengupayakan rakyat untuk menyemak dan melaporkan sebarang berita yang tidak ditentusahkan, yang mereka terima,” katanya.

Salleh turut menjelaskan bahawa portal berkenaan bukan bertujuan untuk Pilihan Raya Umum-14 atau menyekat hak bersuara mana-mana pihak.

SEBENAR.MY bukan sekadar berita politik tetapi semua jenis maklumat boleh disemak dan dikongsi untuk berita yang tidak ditentusahkan yang mereka terima menerusi media sosial, blog dan lain lain.

“Portal ini bukan kerana pilihan raya atau tidak sama sekali milik kerajaan semata-mata. Portal ini untuk rakyat. Pembangkang juga boleh menggunakan portal ini untuk mendapatkan kesahihan berita,” katanya.

Salleh berkata pihaknya akan mempromosikan portal berkenaan ke seluruh negara supaya rakyat dapat mengakses teknologi ini. – BERNAMA

Kategori