Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

PDRM Umum 10 Pegawai...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan pertukaran seramai 10 pegawai kanannya...

“Flight Data Recoder” CN235...

KUALA LUMPUR - "Flight Data Recoder" dan "Voice Data Recoder" pesawat Tentera Udara...

Kumpulan Abu Sayyaf Disyaki...

KOTA KINABALU - Kumpulan lelaki bersenjata yang mempunyai kaitan dengan Abu Sayyaf mungkin...

Ibu Maut, Anak Parah...

BAGAN SERAI - Seorang ibu maut, manakala anak perempuannya cedera parah apabila motosikal...

PPBM Mesti Dokong Dasar Yang Sama – AMK

KUALA LUMPUR – Angkatan Muda Keadilan (AMK) menyambut baik penyertaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam Pakatan Harapan.

Ketuanya, Nik Nazmi Nik Ahmad bagaimanapun mengingatkan Pengerusi PPBM, Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa PPBM mesti mempunyai dasar yang sama dengan Pakatan Harapan.

“AMK menyambut baik keputusan Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan untuk menerima PPBM sebagai anggota baharu. Penyatuan ini penting untuk menewaskan Barisan Nasional (BN) selain memantapkan lagi agenda mereformasi negara.

“Langkah seterusnya adalah memastikan Pakatan Harapan dan setiap anggotanya boleh berdiri teguh di atas satu dasar bersama,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Pakatan Harapan diketuai oleh parti sekular DAP dan dianggotai Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta Parti Amanah Negara (PAN).

Mahathir baru-baru ini mengumumkan PPBM akan menyertai Pakatan Harapan dan akan membuat beberapa perubahan dalam pakatan parti pembangkang.


Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menyatakan beliau menyambut baik hasrat Mahathir menyertai Pakatan Harapan tetapi mengingatkan Mahathir Pakatan Harapan memperjuangkan agenda reformasi.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang pula awal-awal membayangkan pluralisme dan liberalisme akan menjadi dasar pentadbiran Malaysia jika Pakatan Harapan berjaya memerintah negara ini dalam Pilihan Raya Umum Ke-14.

Mahathir menubuhkan PPBM gara-gara berdendam dengan UMNO dan kerajaan BN kerana beberapa kepentingan peribadi dan perniagaannya tidak dipenuhi Kerajaan Persekutuan. – MYNEWSHUB.CC

Kategori