Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Kenapa Malaysia Tidak Dijemput?...

DARI FB NAJIBMELAWAN perubahan iklim dan pencemaran adalah antara janji dan agenda utama...

Pemandu Pelancong Hanyut Ke...

ROMPIN - "Saya di mana? Tolong bawa kami ke daratan... Kami ditimpa musibah...

Anak Hampir Diculik Angkara...

SEORANG ibu berkongsikan detik-detik cemas apabila anak perempuannya nyaris menjadi mangsa culik secara pukau...

Adenan Satem Lakukan Yang...

KUCHING - Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem mempunyai kad laporan yang...

PPM Semporna Tahan 2 Lelaki, Rampas 16 Jenis Kayu

SEMPORNA – Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna menahan dua lelaki dan merampas 16 kayu jenis selingan batu dan belian bernilai RM1,500 di kawasan Laut Gelam-Gelam dalam satu operasi petang semalam.

Pemangku Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Supt. Norzaid Mohammad Said berkata dalam operasi pukul 3 petang itu PPM terserempak sebuah bot dalam keadaan mencurigakan sebelum menahannya untuk pemeriksaan.

“Hasil pemeriksaan mendapati seorang lelaki yang juga juragan berusia 47 tahun membawa empat kayu selingan batu dan 12 kayu belian tetapi gagal menunjukkan sebarang dokumen sah membawa kayu tersebut.

“Lelaki itu ditahan di bawah Enakmen Perhutanan dan kami turut merampas bot dan satu enjin sangkut serta satu tong berisi minyak dengan nilai keseluruhan rampasan sebanyak RM27,600,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Norzaid berkata seorang lelaki pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Filipina berusia 47 tahun yang juga penumpang bot tersebut turut ditahan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.

Norzaid berkata anggota PPM menemukan dua paket kecil lut sinar mengandungi hablur jernih disyaki dadah jenis syabu dalam dompet berwarna coklat milik suspek.


“Kedua-dua suspek dan barang rampasan dibawa ke Pangkalan PPM sebelum diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna untuk tindakan lanjut,” katanya lagi.

Beliau berkata PPM akan terus komited menjalankan tugas bagi membanteras sebarang perbuatan jenayah dan yang menyalahi undang-undang khususnya di perairan negara.

“Kerjasama orang awam dan agensi berkaitan menyalurkan maklumat amat dialu-alukan ke arah operasi yang lebih berkesan,” katanya. – BERNAMA

Kategori