Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Twitter Perkenal Fungsi “Highlights”...

TWITTER sebelum ini telah menawarkan fungsi yang membolehkan pengguna melihat sebarang tweet popular yang...

MH17: Hanya Tambi Jiee...

Kepulangan jenazah kumpulan ketiga mangsa nahas MH17 yang dijadualkan tiba di tanah air...

Aliff Aziz Belasah Bini,...

KECOH terkini digemparkan dengan isu Aliff Aziz memukul isterinya, Bella Astillah berikutan penyanyi...

Gajah Pygmy Dibunuh Kejam,...

KOTA KINABALU - Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah menyifatkan kematian gajah pygmy di...

Presiden Perancis Akhiri Lawatan Negara 2 Hari

SEPANG – Presiden Perancis Francois Hollande berlepas dari sini untuk ke Jakarta malam ini selepas mengakhiri lawatan negara selama dua hari ke Malaysia.

Presiden Perancis itu kelihatan berada di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Joseph Entulu Belaun, yang merupakan Menteri Pengiring semasa lawatan Hollande.

Dalam lawatannya, Hollande diiringi oleh menteri-menterinya, anggota parlimen, pegawai-pegawai dan delegasi perniagaan.

Lawatan negara oleh Hollande, yang tiba di Malaysia semalam, merupakan sebahagian daripada lawatan sulung Presiden Perancis itu ke rantau ASEAN. Terdahulu beliau telah melawat Singapura.

Awal hari ini, Hollande dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bermesyuarat di Putrajaya, pusat pentadbiran Kerajaan Malaysia.


Hollande juga menyaksikan majlis menandatangani enam memorandum persefahaman (MoU) antara Perancis dan Malaysia. MoU yang ditandatangan adalah berkaitan tenaga, penjanaan tenaga suria dan sektor gas.

Najib menggambarkan mesyuarat itu sebagai “perbincangan yang produktif” dan lawatan itu akan mengukuhkan dan mengeratkan lagi hubungan akrab antara Kuala Lumpur dan Paris.

Ini adalah lawatan negara kedua oleh Presiden Perancis ke Malaysia. Presiden Jacques Chirac melakukan lawatan negara ke Malaysia pada 2003, lawatan yang dianggap sebagai peristiwa penting dalam hubungan dua hala Malaysia-Perancis. – BERNAMA

Kategori