Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Penduduk Flat Uda Fasa...

GEORGE TOWN - Penduduk Flat Uda Fasa 2, kini boleh menarik nafas lega...

Fuziah, Wong Tack Putar-Belit...

KUALA LUMPUR – Adalah lebih baik sekiranya Ahli Parlimen Kuantan dan Bentong, Fuziah...

Bangunkan Platform Pertukaran Data...

KUALA LUMPUR - Kementerian Komunikasi dan Multimedia akan membangunkan platform data terbuka bagi...

RCI Forex: Mahathir Ugut...

KUALA LUMPUR - Sedang pihak polis mula menyiasat sama ada terdapat sebarang unsur...

Propaganda Munafiqin Perlihat Islam Itu Bodoh

KUALA LUMPUR – Allah S.W.T dalam firmannya pernah mendedahkan tentang kelicikan golongan munafiqin dalam bermain propaganda untuk menjauhkan orang ramai daripada Islam dengan cuba mengambarkan mereka yang beriman kepada Islam sebagai golongan yang bodoh.

Naib Ketua Pemuda PAS Selangor, Abdul Mu’izz Muhammad berkata, Allah S.W.T dalam Firmannya menjelaskan golongan munafiqin akan melemparkan tanggapan kononnya sesiapa yang mengikut Islam maka secara automatik mereka akan menjadi manusia bodoh.

“Apabila diseru kepada mereka (munafiqin) agar berimanlah kamu semua seperti orang lain beriman. Mereka menjawab apakah kami perlu beriman seperti orang-orang bodoh itu beriman? Sebenarnya merekalah yang bodoh tetapi mereka tidak sedar – Al-Baqarah 13,” katanya dalam satu kenyataan media.

Abdul Mu’izz berkata, firman Allah S.W.T itu sepatutnya menyedarkan motif utama ucapan-ucapan ejekan terhadap golongan yang berpegang dengan Islam walaupun mereka memberi alasan bukan mengejek agama tetapi individu.

Abdul Mu’izz dipercayai berkata demikian berikutan kenyataan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali melabelkan pemimpin PAS sebagai Tok Lebai baru-baru ini.

Cemuhan itu mendapat sokongan penyokong Pakatan Harapan dan kini mula menggelarkan PAS sebagai sebuah parti bertaraf Tok Lebai yang lemah dan bodoh di media sosial.


Lebai adalah panggilan kepada petugas masjid atau surau atau mereka yang menguruskan kerja-kerja hal ehwal agama Islam di kampung-kampung.

“Sedangkan orang Islam itu diejek hanya semata-mata mereka berpegang dengan Islam. Yang pasti ia adalah serangan tidak langsung ke atas Islam.

“Terkadang timbul persoalan, adakah memang hobi mereka suka menganjing Islam dan penganutnya atau mereka sebenarnya adalah anjing,” kata Abdul Mu’izz. – MYNEWSHUB.CC

Kategori