Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Bintang Realiti Obes Meninggal...

BINTANG program realiti TLC "My 600lb Life", Sean Milliken dilaporkan meninggal dunia pada...

Selebriti Tempatan Dijadikan Sasaran...

Sudah menjadi trend makeup transformation di kalangan peminat tanah air apabila wajah selebriti...

Syarikat China Hasrat Mohon...

ISKANDAR PUTERI - Beberapa syarikat berpangkalan di China berhasrat mendapatkan khidmat Johor untuk...

Kanak-Kanak Perempuan Mati Dipercayai...

IPOH - Seorang kanak-kanak perempuan berusia kira-kira dua tahun meninggal dunia di Menglembu...

‘Raja Bomoh’ Akan Dipanggil Jelaskan Ritual Perbomohannya

MELAKA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata ‘Raja Bomoh Malaysia’ akan dipanggil untuk siasatan berhubung ritual perbomohannya baru-baru ini.

Bomoh tersebut dengan nama sebenar Ibrahim Mat Zin akan diminta memberi keterangan mengenai ritual terbarunya yang tular di laman sosial, kata beliau.

Jamil menyatakan demikian pada sidang akhbar di Kompleks Seri Negeri, Ayer Keroh di sini hari ini.

Rakaman video yang tular menunjukkan Ibrahim bersama pengikutnya membawa buluh kecil sebagai teropong, dua biji kelapa dan lima meriam buluh di tepi pantai.

Menurut bomoh itu ritual itu bertujuan memohon keselamatan rakyat Malaysia yang berada di Korea Utara, selain bertujuan melindungi negara ini.

Seorang mufti menyifatkan perbuatan bomoh berkenaan sebagai tahyul dan tidak diiktiraf oleh Islam.


Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar sebelum ini berkata Ibrahim akan dipanggil untuk memberi keterangan.

Jamil Khir berkata masyarakat perlu faham bahawa semua perkara yang bercanggah dengan Islam adalah tidak dibenarkan dan garis panduan perubatan Islam itu perlu dijadikan sebagai panduan orang ramai.

“Ada orang kata saya percayakan bomoh, sebenarnya dalam masyarakat Melayu khususnya orang kampung mengunakan khidmat bomoh patah dan bomoh urut pun bomoh juga, jadi perkhidmatan patah dan urut tidak menjadi satu perkara yang salah namun ada media sosial yang mainkan isu ini,” katanya.

Sebelum ini sebuah video menjadi tular di media sosial menunjukkan Ibrahim bersama tiga pembantunya berada di pantai menggunakan dua kelapa, teropong, lima buluh, sejadah dan semangkuk air laut untuk ‘melindungi’ Malaysia daripada serangan nuklear Korea Utara. – BERNAMA

Kategori