Sunday, December 15, 2024

Creating liberating content

Protes Ves Kuning Di...

BERIBU orang rakyat Taiwan pada Khamis berarak menuntut cukai lebih rendah dan pengadilan...

Myanmar Patut Bertanggungjawab Selesai...

SHAH ALAM - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan kerajaan Myanmar...

MPNF Rayu Beri ‘Duit...

PETALING JAYA - Majlis Permuafakatan NGO Felda (MPNF) merayu kerajaan Pakatan Harapan (PH)...

9 Ditahan Bantu Siasatan...

TAIPING - Polis menahan sembilan lelaki bagi bantu siasatan kes seorang remaja perempuan...

Raja Muda Selangor Dianugerah Beret Maroon

MELAKA – Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini dianugerahkan Beret Maroon dan Sayap Penerjunan Kehormat 10 Briged Para oleh Angkatan Tentera Malaysia.

Penganugerahan itu disampaikan Panglima Tentera Darat Jen Datuk Seri Zulkiple Kassim di Dataran Parawood, Batalion Ke-8 Rejimen Renjer Diraja (RRD), Kem Terendak, Sungai Udang, di sini hari ini dengan disaksikan para pegawai Tentera Darat.

Penganugerahan beret dan sayap, yang menjadi kebanggaan 10 Briged Para, adalah penghormatan dan pengiktirafan briged itu terhadap individu, pemimpin tertinggi tentera atau kerajaan sama ada di dalam atau luar negara.

Baginda sebelum ini, mengikuti kursus pentauliahan di Akademi Ketenteraan Diraja (RMC) Sandhurst, United Kingdom pada 3 Mei 2015 sehingga April tahun lepas, malah ditauliahkan sebagai Leftenan Muda ke dalam Kor Rejimen Askar Melayu DiRaja (RAMD) pada 15 April tahun lepas.

Baginda kemudian ditempatkan di Batalion ke-17 RAMD (Para) dan menerima Watikah Tauliah Pegawai Muda Tentera Darat Luar Negara pada 19 Julai tahun lepas.


Tengku Amir Shah merupakan satu-satunya Kerabat Diraja yang telah mengikuti Kursus Asas Pasukan Aturgerak Cepat (APAC) pada 5 September sehingga 2 Oktober tahun lepas.

Terdahulu, turut diadakan persembahan Tarian Ngajat dan demonstrasi dinamik antaranya Tempur Tanpa Senjata, Renang Tempur, Serangan Seksyen, Human Wave dan Tarian Perang melibatkan penyertaan 77 pegawai dan 1,198 anggota lain-lain pangkat. – BERNAMA

Kategori