Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

BlackBerry Tawar Wang Tunai...

BlackBerry mula mengatur langkah bagi menarik perhatian peminat gajet termasuk pelanggan Apple.Menerusi pelan terbarunya,...

India Mulakan Kempen Vaksinasi...

NEW DELHI: India hari ini memulakan pelaksanaan kempen vaksinasi Covid-19 terhadap golongan remaja...

Mokhtar Pernah Jadi Penjaring...

KUALA LUMPUR - Legenda bola sepak negara, Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari sebenarnya pernah...

Owen Ramal Jerman Mampu...

GENTING HIGHLANDS – Legenda bola sepak England, Michael Owen meramalkan Jerman mampu mempertahankan...

Rakyat El Salvador Ratapi Kematian Badak Air

APA la dosanya badak air ini sampai dipukul dengan kejam hingga mati di zoo negara di El Salvador. Badak air berusia 15 tahun ini merupakan binatang kesayangan ramai justeru kematiannya mengejutkan penduduk di negara itu, apatah lagi serangan dilakukan di dalam zoo.

Menurut kementerian kebudayaan negeri itu, badak tersebut dipukul di beberapa bahagian badan dan mengakibatkan kecederaan di muka serta leher.

Sebaik ia ditemui terdampar kesakitan, pakar-pakar telah bekerja keras untuk merawat haiwan terbabit sejak ia diserang Ahad lalu, namun usianya tidak panjang dan mati.

Susulan itu, pihak zoo bercadang mengadakan bedah siasat bagi menentukan punca sebenar kematiannya.

Pihak berkuasa dalam pada itu menemui beberapa batang besi dan batu dalam kandang badak terbabit manakala usaha mengesan pembunuh badak air tersebut sedang dijalankan.


Apa yang pasti penduduk di Zoo itu kini berasa sedih dengan haiwan kesayangan mereka. – MYNEWSHUB.CC

Kategori