Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Pasangan Remaja Bawa Dadah,...

MUAR - Gara-gara panik dan risau ditahan polis selepas diminta memberhentikan keretanya, seorang...

BAM Tunggu Laporan Penuh...

KUALA LUMPUR - Persatuan Badminton Malaysia (BAM) akan menunggu laporan penuh status kecederaan pemain perseorangan...

Rompin: Masyarat Cina Respon...

ROMPIN - Masyarakat Cina memberi maklum balas memberangsangkan terhadap calon BN, Datuk Hasan...

Kibaran Jalur Gemilang Semarak...

PUTRAJAYA - Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2020 di pusat pentadbiran...

Rancang Jumpa Johan, Nora: DSV Sebak Terima Berita

PEMERGIAN komposer terkenal Johan Nawawi, yang juga merupakan suami kepada Nora Ariffin pada pagi Jumaat, akibat serangan jantung sememangnya mengejutkan seluruh peminat industri hiburan.

Antara yang turut terkesan dan menangisi pemergian Allahyarham adalah pengasas kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida.

Vida yang juga merupakan penaja Gegar Vaganza memuat sebuah video ‘Live’ meluahkan rasa terkejut dan sebak apabila mendapat berita suami Nora meninggal dunia.

Dalam video itu, Vida memaklumkan sepatutnya hari ini dia dijadualkan berjumpa dengan Johan dan Nora atas urusan pemberian penajaan umrah.

Bagaimanapun, seusai dia selesai membaca surah yasin dia terkejut apabila mendapat berita Johan telah pun kembali ke rahmatullah.

Menerusi video itu, Vida kelihatan tidak dapat menahan rasa sebaknya apabila menangis tersedu-sedan apabila mendapat tahu berita itu.

“Assalamualaikum semua. Saya baru baca surah yassin. Saya cakap kenapa saya baca yassin hari ini saya rasa lain macam sayu. Saya baru dapat tahu suami Nora meninggal dunia.

“Saya bagi hadiah pergi umrah kepada Johan dan Nora. Mereka sepatutnya jumpa saya hari ini di Ipoh. 

“Terkejut saya dengar berita ini. Sabar Nora. Semoga Nora kuat. Bukan mudah nak dapat rezeki meninggal hari mulia, hari Jumaat. Tiada seksa dalam kubur.


“Al-fatihah kepada Johan. Tolong sayang-sayang semua kongsikan Al-fatihah kepada ibu bapa kita, atuk nenek kita yang telah meninggal dunia dan kepada suami Nora juga,” antara ucapannya.

Pada masa yang sama, Vida turut mengingatkan semua agar sentiasa meminta keampunan dosa dari Allah SWT dan rajinkan diri melakukan solat sunat Taubat sebelum tidur.

Tidak sampai sejam dimuat naik, video itu ditonton lebih 75 ribu netizen.

Allahyarham, 52, meninggal dunia kira-kira jam 6.30 pagi tadi di sebuah pusat perubatan di Subang Jaya.

Allahyarham banyak mencipta lagu untuk isterinya seperti Satu, Desa Tercinta, Naluri dan Samudera.

Perkongsian hidupnya dengan Nora, pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata dan yang paling bongsu berusia lima tahun. – MYNEWSHUB.CC

Kategori