Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Perdana Menteri Kemboja Diberi...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Kemboja Hun Sen yang dalam rangka lawatan rasmi empat...

Latiff Hantar Surat Peguam,...

Peguam kepada Abdul Latiff Ahmad telah menghantar surat tuntutan kepada juruaudit di sebalik...

Pes Masakan Cina Sasar...

KOTA BHARU - Penggemar masakan Cina terutama di negeri-negeri di pantai timur bakal...

Kuliah Maghrib UAI Di...

PETALING JAYA – Kuliah Maghrib Perdana pendakwah bebas Ustaz Azhar Idrus yang dijadualkan...

Rasuah: Penyelia Dipenjara 14 Hari, Denda RM40,000

SEREMBAN – Seorang penyelia bengkel hari ini dihukum penjara 14 hari dan denda RM40,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah atas dua tuduhan memberi rasuah kepada penguat kuasa Imigresen, tahun lepas.

Hakim Fathiyah Idris turut memerintahkan Lim Hong Piew, 51, dikenakan penjara tambahan enam bulan jika gagal menjelaskan denda tersebut.

Bagaimanapun, Lim hanya perlu menjalani hukuman penjara selama tujuh hari, berikutan Fathiyah mengarahkan hukukam penjara itu berjalan serentak bermula hari ini.

Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa menawarkan wang tunai RM500 kepada Pegawai Imigresen, Zambri @Johari Jaafar Sidek, sebagai dorongan untuk tidak melakukan tangkapan terhadap dua pekerja asingnya yang disyaki melanggar syarat pas permit.

Bagi pertuduhan kedua, Lim didakwa telah secara rasuah memberi suapan dengan jumlah dan kepada orang yang sama, lima kemudian.

Dia didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di No. 210 Monkey Board Parking Lori, Kampung Kebun, Bukit Pelandok, Port Dickson antara 2.25 petang dan 2.30 petang, 30 Mei 2016.


Lim didakwa mengikut Seksyen 24 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda jumlah suapan atau RM10,000, mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Ketika rayuan, tertuduh, yang tidak diwakil peguam, merayu agar mahkamah mengetepikan hukuman penjara dan menetapkan jumlah denda minimum memandangkan dia perlu menanggung ibu berusia 70 tahun, isteri dan dua anak yang masih bersekolah.

Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa SPRM, Karmila Mokhtar memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat bagi memberi pengajaran kepada Lim dan masyarakat. – BERNAMA

Kategori