PELAKON filem KIL, Redza Minhat dikurniakan cahaya mata kedua yang diberi nama Kurnia Amelie oleh aktor tersebut.
Khabar gembira itu dikongsikan Redza menerusi laman Instagramnya semalam.
Pelakon kacak yang mempunyai lebih 100,000 pengikut di laman sosial itu turut berkongsikan wajah ahli keluarga terbaharunya itu.
Redza dan isteri, Aidira Khaidir turut mempunyai seorang anak lelaki, Ali, yang kini berusia lima tahun.
Pasangan ini bernikah pada 17 Jun 2011.
Redza mula mendapat perhatian peminat industri hiburan tanah air apabila membuat kemunculan dalam filem Pisau Cukur lakonan bersama aktres popular Maya Karin dan Nur Fazura. – MYNEWSHUB.CC