Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Penerima BR1M Kategori Pendapatan...

KUALA LUMPUR - Jumlah penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di bawah kategori isi...

Putera Mahkota Naruhito Lawat...

KUALA LUMPUR - Putera Mahkota Jepun, Putera Naruhito hari ini melawat Muzium Negara...

Pemegang Kad Perlu Tukar...

KUALA LUMPUR - Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia (AIBIM) dan Persatuan Bank-Bank Malaysia...

Aksi Pergaduhan Jentolak Seolah-Olah...

NAMPAK seolah-olah adegan filem sci-fi, namun ia benar-benar terjadi. Kejadian yang berlaku di Hebei sebuah...

Remaja Indonesia Ketagih Cabaran ‘Mati Seketika’

TREND baharu melanda netizen Indonesia kebelakangan ini iaitu satu permainan yang dinamakan sebagai ‘mati seketika’ atau dikenali #SkipChallenge atau #PassoutChallenge atau #SpaceMonkey.

Difahamkan permainan maut ini asalnya bermula di negara Barat seperti Amerika Syarikat (AS) sekitar tahun lalu sebelum baharu menular di negara terbesar rantau Asia tenggara itu.

Di Indonesia, para remajanya terpengaruh melakukan cabaran ini kerana menganggap ia sebagai pengalaman yang mendebarkan serta menyeronokkan. Malah mereka turut  berkongsi menerusi media sosial agar menjadi tular.

Permainan ini dimainkan dengan cara menekan bahagian dada selama beberapa minit sehingga seseorang itu mengalami sesak nafas atau kekurangan oksigen sehingga menyebabkannya pengsan.

Remaja Indonesia Ketagih Cabaran 'Mati Seketika'

Remaja Indonesia Ketagih Cabaran 'Mati Seketika'

Seorang doktor dari Union Quay Medical Centre, Cork, Ireland, Dr. Nick Flynn menerusi laman irishexaminer.com menjelaskan permainan tersebut sangat berbahaya kerana mampu menyebabkan kekurangan oksigen (hipoksia).

Mangsa bahkan boleh mengalami kekejangan dan kerosakan otak serta membawa kepada kematian.

“Ketika melakukan passout challenge (atau skip challenge) mereka meniru keadaan kekurangan nafas iaitu menghentikan otot dada dari bergerak sehingga menyebabkan pengaliran oksigen ke otak berkurangan,” katanya.


Tambah Flynn lagi, permainan ini tidak ubah seperti seseorang itu sedang lemas, tersedak atau mengalami serangan jantung.

“Keadaan itu menyebabkan hipoksia dan boleh mencetuskan sawan bahkan kematian. Skip challenge sangat berbahaya,” sambungnya.

Beberapa siri kematian dilaporkan di AS berikutan remajanya mencuba permainan ini tanpa mengetahui risiko yang terpaksa mereka hadapi.

Antara yang menjadi mangsa permainan ini adalah remaja berusia 11 tahun, Da’Vorius Gray dari California maut dalam tandas selepas mencuba permainan tersebut setelah melihatnya menerusi dalam talian.

Selain Gray, seorang lagi remaja 12 tahun; Erik Robinson turut mengalami nasib yang sama. Begitu juga Kimberly Wilson, 15 dari Lawrence dan beberapa mangsa lagi.

Diharapkan permainan ini tidak pula menular dalam kalangan remaja negara ini kerana ia terbukti boleh mendatangkan bahaya dan maut. – MYNEWSHUB.CC

Kategori