Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Fadillah Yusof Calon Timbalan...

BEKAS Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof antara disebut-sebut sebagai calon Timbalan...

Mahkamah Khas Tangani Peniaga...

KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan telah mengusulkan cadangan untuk...

Kerajaan Johor Komited Teruskan...

JOHOR BAHRU - Kerajaan negeri Johor komited untuk meneruskan kerjasama dan memberi sokongan...

Pelukis Terkenal India, Hema...

DELHI: Seorang pekerja gudang diberkas pihak polis atas tuduhan membunuh pelukis terkenal India, Hema...

Reman 4 Individu Kes Rasuah Hartanah Johor Dilanjut

JOHOR BAHRU – Mahkamah Majistret di sini melanjutkan perintah reman selama tujuh hari bermula hari ini ke atas empat daripada enam lelaki yang disiasat berhubung skandal rasuah dan penyelewengan melibatkan hartanah di Johor.

Perintah lanjutan reman sehingga 9 Mac itu dikeluarkan Majistret Hafizah Johor Ariff Johor hari ini.

Ia bagi membolehkan siasatan terus dilakukan di bawah Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Kesemua mereka sebelum ini ditahan reman selama seminggu bermula Isnin lepas.

Dua pemaju pula dibebaskan dengan jaminan SPRM.

Kesemua suspek berusia antara 25 dan 50 tahun itu ditangkap di beberapa lokasi di Johor Bahru dalam satu operasi serentak yang dilancarkan oleh SPRM kira-kira 8.30 pagi pada 24 Februari lepas.


Mereka yang ditahan merupakan anak dan pegawai khas kepada seorang pegawai kerajaan negeri Johor, dua orang pemaju, seorang peguam dan seorang orang awam yang dipercayai terlibat dalam skandal tersebut.

Dalam operasi berkenaan, SPRM turut merampas 21 kereta mewah, lima motosikal berkuasa tinggi, wang tunai kira-kira RM500,000 termasuk mata wang asing dan dokumen-dokumen yang dipercayai dapat membantu siasatan.

Sebanyak 45 akaun bank milik bersama kesemua suspek melibatkan sekurang-kurangnya RM15.5 juta juga dibekukan bagi membantu siasatan. – BERNAMA

Kategori