Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Pemain Indonesia-Malaysia Lancar Kempen...

KUALA LUMPUR - Beberapa kempen keamanan dilancarkan dengan harapan tiada lagi insiden kekecohan...

Kerajaan Kaji Henti Perbaharui...

MIRI - Kementerian Pengangkutan bersedia meneliti semula arahan pemberhentian urus niaga pembaharuan cukai...

“Saya Tidak Pernah Kata...

MARAN – Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menafikan...

Jenazah Nur Afini Selamat...

TAMPIN - Jenazah Nur Afini Roslan, 14, yang maut akibat terkena bilah pisau...

Reman Individu Jerit Ada Bom Dalam Kereta Disambung

IPOH – Reman terhadap seorang individu yang menjerit terdapat bom di dalam kereta ketika kejohanan Le Tour de Langkawi (LTdL) di Jalan Ipoh-Lumut, Bota Kiri pada Sabtu lalu disambung tiga hari lagi mulai esok.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Supt Mohamad Zainal Abdullah berkata lelaki berumur 30 tahun itu yang sebelum ini direman empat hari yang tamat hari ini.

“Perintah sambung reman dibenarkan oleh Majistret Mohd Fitri Sadarudin bagi membolehkan polis melengkapkan kertas siasatan yang disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah,” katanya ketika dihubungi.

Pada kejadian 25 Feb itu, individu terbabit didapati meninggalkan kereta Mercedez Benz yang dipandunya di persimpangan lampu isyarat Jalan Ipoh-Lumut dan kemudian menjerit memberitahu orang ramai terdapat bom di dalam keretanya sebelum dia melarikan diri menaiki kereta rakannya.

Pemeriksaan Unit Pemusnah Bom Polis Diraja Malaysia kemudiannya mendapati tidak terdapat sebarang bom atau bahan kimia di dalam kereta itu tetapi sekadar sebilah parang.


Suspek telah menyerah diri kepada pihak polis di lokasi kejadian kira-kira sejam kemudian dan hasil siasatan mendapati dia mepunyai dua rekod lampau melibatkan kes dadah serta curi kenderaan.

Lokasi kejadian merupakan laluan peringkat keempat LTdl yang berlaku kira-kira 15 minit selepas kumpulan pelumba terakhir melalui kawasan tersebut.

Suspek dipercayai telah mengekori para pelumba dari jarak jauh sebelum bertindak. Motif sebenar tindakan individu itu masih disiasat. – BERNAMA

Kategori