Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Bayi Dalam Beg Kertas...

IPOH - Bayi perempuan yang ditemukan dalam beg kertas di hadapan sebuah rumah...

Demi Tudung Eksklusif, Sanggup...

PENGGEMAR fesyen tudung berjenama sanggup menghabiskan ribuan ringgit untuk memiliki tudung eksklusif. Pengasas Bawal...

Qatar Development Fund Untuk...

PUTRAJAYA - Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Tinggi mengenai pengurusan etnik Rohingya, Myanmar yang memegang...

Bill Clinton Dapat Cucu...

BEKAS Presiden Amerika Syarikat, Bill Clinton dan bekas Setiausaha Negara Hillary Rodham Clinton...

Rimas Diganggu, Fasha Fail Injuksi Terhadap Jejai

ENGGAN diganggu privasi, pelakon Fasha Sandha akhirnya memfailkan perintah injuksi terhadap bekas suami, Rizal Ashram Ramli atau Jejai, semalam.

Dalam permohonan injuksi tersebut, Fasha selaku pemohon, memohon Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur menghalang responden (Jejai) daripada menganggunya secara percakapan, mesej melalui SMS, aplikasi Whatsapp atau di laman sosial berkuat kuasa serta merta.

Selain itu, Fasha turut mendapatkan perintah mahkamah supaya menghalang responden daripada menceroboh privasinya sama ada secara bersendirian, ditemani keluarga atau rakan-rakan.

Pihak mahkamah bagaimanapun menolak permohonan tersebut sebaliknya memerintahkan kes itu didengar dengan kehadiran dua belah pihak bagi membolehkan Jejai menjawab sendiri tuduhan yang dibuat terhadapnya.

“Walaupun mahkamah berpuas hati dengan afidavit yang difailkan pemohon namun adalah lebih adil mahkamah memberi peluang kepada responden sendiri untuk menjawab semua dakwaan,” kata Hakim Syarie, Muhammad Abdul Karim Wahab, memetik laporan mStar.

Fasha diwakili peguam syarie Zulkifli Che Yong.


Rimas Diganggu, Fasha Fail Injuksi Terhadap Jejai
Fasha dan bekas suami Jejai.

Aktres itu sebelum ini memuat naik sebuah gambar di laman Instagram menunjukkan senarai missed calls dan mesej daripada bekas suaminya yang kebanyakannya dihantar pada waktu awal pagi.

Baca: “Semoga Keluarga Sedar Kau Gila” – Fasha Diganggu Jejai?

Fasha dan Jejai bernikah pada 27 April 2012 dan mempunyai dua cahaya mata, Putra Rayfal, 3, dan Putri Raysha Jemyma, 2 tahun.

Mereka disahkan bercerai pada 20 Januari tahun lalu. – MYNEWSHUB.CC

Kategori