RIYADH – Lebih 300,000 unta akan menyertai pertandingan merebut gelaran unta paling cantik di dunia di Arab Saudi hujung bulan ini.
Pemenang pelbagai kategori pertandingan yang diadakan sempena Festival Unta Raja Abdulaziz itu akan menerima hadiah berjumlah RM137 juta.
Unta yang akan dimahkotakan dengan gelaran ratu cantik unta itu akan dipilih menerusi beberapa kriteria ketat yang ditetapkan, khususnya kecantikan asli, termasuk pada bulu, mata, telinga, ketinggian dan bentuk bonggolnya.
Jurucakap festival, Dr Talal Al Torifi berkata: āHakim akan menilai pemenang menerusi kecantikan asli. Haiwan itu akan dinilai dalam lima kategori berdasarkan kacukan dan warnanya.ā
Menurutnya, unta itu akan dihakimi oleh satu jawatankuasa Badwi yang dipilih.
Biasanya, harga unta yang memenangi pertandingan seumpama itu akan mencecah jutaan ringgit.
Menjelang festival berkenaan yang akan berlangsung dari 19 Mac hingga 15 April, harga unta dalam pasaran saham meningkat 70 peratus.
Ia tradisi turun temurun yang menyaksikan pemilik haiwan itu memperagakan unta paling cantik mereka.
Festival itu sebelum ini pernah menarik dua juta peminat dari seluruh dunia, termasuk keluarga diraja, selebriti, pereka dan juga ahli sukan. – Agensi/myMetro Online