Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Sidang Dewan Belia Perak...

IPOH - Persidangan Dewan Belia Perak untuk Mesyuarat Kedua Penggal Pertama akan diadakan...

Polis Tahan Anak Bantu...

KUANTAN – Polis menahan seorang lelaki kerana dipercayai terlibat membantu ayahnya, seorang warga...

Elak Gosip, Adi Putra...

SETELAH beberapa kontroversi melanda, Adi Putra mengumumkan hasrat untuk mengundur diri dari dunia...

Lara Alana Punya Kolon...

REZEKI seolah-olah tidak pernah putus untuk si cilik milik pasangan pelakon dan pengacara...

Rundingan Untuk Jamin Pembebasan Rakyat Malaysia

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan membuat keputusan tentang pendekatan yang akan diambil bagi menjamin pembebasan sembilan rakyat Malaysia yang kini terkandas di Korea Utara, kata Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

Beliau berkata rundingan untuk membawa pulang kesemua mereka sedang diadakan, tetapi beliau enggan menyatakan butiran lanjut mengenainya.

“Kami tidak mahu ada sebarang perkara yang akan menjejaskan rundingan yang sedang diadakan itu… isu ini sangat sensitif. Perkara positif mengenainya ialah rundingan terus diadakan.

“Tetapi, saya tidak tahu maklumat terperinci mengenai rundingan itu,” katanya kepada pemberita di luar Kolokium Kehakiman Mengenai Perkongsian Amalan Baik Undang-Undang Antarabangsa Hak Asasi Manusia di sini hari ini.

Korea Utara menghalang sembilan rakyat Malaysia di Pyongyang daripada meninggalkan negara itu sebagai tindak balas terhadap tindakan Malaysia mengisytiharkan Duta Besar Korea Utara di Malaysia Kang Chol sebagai ‘persona non grata’ atau orang yang tidak dialu-alukan, berhubung kenyataan dibuatnya mengenai pembunuhan rakyat Korea Utara, Kim Jong-nam di Malaysia pada 13 Februari. – BERNAMA

Kategori