Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Gempar Suara Kuat ‘Asmara’...

BINTULU - Bunyi bising dari dalam lubang sebatang kayu balak di kawasan belukar...

MAAC Sokong Insentif Gaji...

SEREMBAN - Kongres Persatuan Akademik Malaysia (MAAC) menyokong penuh cadangan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja...

Duterte Tegur China Halau...

PRESIDEN Filipina Rodrigo Duterte memberi amaran kepada China agar menilai semula sikapnya di...

Isu Gambar Najib Di...

Bahana menyebarkan berita palsu, satu NGO bawah Pemuda UMNO, Briged Kesatria Muda Malaysia...

Sabah Tak Pernah Dianaktirikan Kerajaan Pusat

TAWAU – Dakwaan pihak tertentu termasuk parti pembangkang kononnya Sabah dianaktirikan kerajaan Pusat adalah fitnah, kata Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.

Beliau berkata dakwaan itu tidak berasas kerana pemimpin tertinggi negara, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, kerap berkunjung ke Sabah untuk mengetahui masalah rakyat seterusnya membantu membangunkan negeri berkenaan.

“Ini cara pemimpin kita, pemimpin Barisan Nasional yang jauh nun di sana (Kuala Lumpur) sanggup turun untuk bersama rakyat di negeri ini,” katanya pada Program Karnival Jalinan Kasih anjuran Biro Latihan dan Penyelidikan UMNO Bahagian Kalabakan di sini, hari ini.

Musa yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, berkata rakyat perlu bijak dan tidak terpengaruh, keliru dan terperangkap dengan pembohongan oleh pihak pembangkang.

Dalam pada itu, beliau berkata rakyat harus sedar dan mengenang budi terhadap apa yang dilakukan oleh pemimpin negara.

“Walau apa bangsa dan agama, kalau pemimpin itu baik hati dan kerajaan itu baik hati, apa kita balas? Kita pun baik juga, ini cara kita di Sabah, kita bukan kacang lupakan kulit,” katanya.


Dalam pada itu, Musa mengingatkan semua anggota UMNO di negeri ini supaya tidak angkuh, sebaliknya perlu berkhidmat kepada rakyat pada setiap masa.

“Kita bekerja sebelum pilihan raya bersama rakyat, semasa pilihan raya bersama rakyat, selepas pilihan raya kita kekal bersama rakyat…ini barulah namanya kita berkhidmat untuk rakyat,” katanya.

Beliau juga berkata anggota UMNO perlu sentiasa peka kepada keperluan rakyat di negeri ini. – BERNAMA

Kategori