Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Jumlah Mangsa Banjir Di...

KUANTAN – Jumlah mangsa banjir di empat buah daerah di Pahang kembali berkurangan...

China Laporkan Kes Selesema...

BEIJING: China melaporkan kes jangkitan selesema burung H5N6 sekali gus menjadikan 17 kes...

Siar Langsung Saat Maut...

NEW DELHI - Lapan rakan menyiarkan secara langsung nahas jalan raya yang membunuh...

Olimpik: Pembatalan Hantui Azizulhasni...

RIO DE JANEIRO - Pelumba basikal elit negara, Azizulhasni Awang amat bimbang jika...

Sarjan Polis Didakwa Terima Rasuah RM800

IPOH – Seorang anggota polis berpangkat sarjan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menerima rasuah RM800 daripada orang awam, dua tahun lepas.

Tertuduh, Bahir Yaacob, 51, yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian, membuat pengakuan itu hadapan Hakim S. Indera Nehru selepas petuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, Bahir didakwa bersetuju menerima wang tunai itu tanpa balasan daripada Lee Boon Chuan, yang mempunyai hubungan dengan tugas rasminya.

Dia didakwa menerima wang suapan tersebut di IPD Kerian di Bagan Serai pada pukul 5 pagi, 19 Mei 2015.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara dua tahun, atau denda atau kedua-duanya sekali.


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Ghazali Muhamad Nadzri manakala tertuduh diwakili peguam Ranjit Singh Sandhu.

Mahkamah membenarkan Bahir diikat jamin RM12,000 dan menetapkan 17 April ini bagi sebutan semula kes. – BERNAMA

Kategori