Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Amira Othman Belum Sedia...

KUALA LUMPUR - Penyanyi lagu Jaga-Jaga iaitu Amira Othman belum terfikir untuk menjalinkan...

Banjir: PKR Bantah Kerjasama...

PETALING JAYA - Hubungan baik antara PAS dan Umno dalam membantu rakyat Kelantan...

Hasutan: Gerakan Merah Gesa...

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Pembela Nasib Melayu Malaysia (Gerakan Merah) menggesa siasatan dibuat...

Polis Tumpas ‘Geng Sashi’...

SHAH ALAM - Polis memberkas tiga lelaki yang aktif menyamun warga asing di...

Sasar 100% Buku Teks Guna Kertas Kitar Semula

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan menyasarkan semua buku teks dicetak menggunakan kertas kitar semula dalam tempoh lima tahun, kata Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

“Populasi keseluruhan Malaysia lebih 30 juta orang. Daripada jumlah ini, lima juta orang adalah pelajar sekolah daripada peringkat prasekolah, sekolah rendah hingga sekolah menengah. Sudah tentu banyak buku teks dan buku-buku lain akan digunakan,” katanya.

Sejak tahun lepas Kementerian Pendidikan menerusi Bahagian Buku Teks telah melaksanakan kajian penilaian terhadap penggunaan kertas kitar semula sepenuhnya, katanya pada sidang media selepas merasmikan ‘Kempen Penggunaan Kertas Kitar Semula 100 peratus’ di sini, hari ini.

Katanya berdasarkan maklum balas yang diterima, bahagian tersebut tidak mempunyai halangan untuk melaksanakan perkara tersebut, sejajar dengan usaha kerajaan melestarikan alam sekitar.

Mahdzir mengakui cabaran seterusnya yang perlu dihadapi adalah untuk memupuk kesedaran kepada para ibu bapa agar tidak membeza-bezakan kualiti buku yang dicetak menggunakan kertas kitar semula dengan kertas biasa.


“Perbezaan terbesar yang bakal dilihat adalah pada warna kertas yang sedikit kuning berbanding warna kertas yang biasa digunakan,” katanya. – BERNAMA

Kategori