Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Obor KL 2017 Tiba...

KOTA KINABALU - Obor Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL 2017) akhirnya selamat...

NGO Gerakan Ustaz Muda...

TUMPAT - Ketika berada di dalam kumpulan 3,000 penyokong Barisan Nasional (BN) pada...

Tentera Thailand Boikot Lazada

BANGKOK: Tentera Diraja Thailand melarang unitnya memesan produk melalui platform dalam talian Lazada...

Kes Jong-nam: Kedutaan Indonesia...

CYBERJAYA - Diplomat Indonesia hari ini mendapat akses untuk bertemu suspek wanita republik...

“Saya Rasa Terhina” – Sultan Johor Ulas Ejen Rasuah RM2j

PIHAK yang cuba merasuah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sebenarnya merupakan seorang individu yang berasal dari Kuala Lumpur.

Baginda malahan bertitah, individu berkenaan turut mempunyai lebih daripada satu gelaran.

“Nama (gelaran)nya makin panjang, makin panjang,” titah baginda ketika ditemui pemberita di Kuala Lumpur pada Ahad.

Mengulas lanjut, Sultan Ibrahim juga menafikan individu itu adalah pihak yang berkepentingan dalam pentadbiran kerajaan.

“Bukan menteri. Kerajaan bersih dalam perkara ini… tiada menteri terbabit, namun dia adalah orang tempatan dan berasal dari Kuala Lumpur,” titah baginda.

Sultan Johor mengulas mengenai ejen yang cuba merasuah baginda sebanyak RM2 juta supaya baginda mencadangkan nama untuk mendapatkan gelaran Tan Sri daripada Istana Negara.


Susulan daripada itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan bertemu menghadap dengan baginda pada Isnin mengenai perkara ini.

“Saya rasa terhina. SPRM akan datang bertemu saya dan lihat siasatannya bagaimana,” titah Sultan Ibrahim.

Terdahulu menerusi laman Facebook Sultan Johor, baginda bertitah menerima tawaran RM2 juta bagi mencadangkan nama kepada Ketua Setiausaha Negara untuk gelaran ‘Tan Sri’ daripada Yang di-Pertuan Agong. – MYNEWSHUB.CC

Kategori