Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Serangan London: Tiada Rakyat...

PUTRAJAYA ā€“ Tiada rakyat Malaysia terbabit dalam serangan ganas di London Bridge dan...

KTMB Digesa Jalin Kerjasama...

BUTTERWORTH - Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) perlu menjalin kerjasama dengan pihak lain...

Abang Kesal Ada Pihak...

GOPENG - Abang kepada peserta Gopeng Ultra Trail 2019, Mohammad Ashraf Hassan, 29,...

Mohon Naik Taraf Hospital...

BENTONG - Kementerian Kesihatan (KKM) diharap dapat mempertimbangkan keperluan menaik taraf Hospital Bentong...

SEBENARNYA.MY Kekang Penularan Berita Palsu

CYBERJAYA – Portal SEBENARNYA.MY, sebuah pusat sehenti yang dibangunkan bagi mengekang penularan berita-berita palsu dalam talian, membolehkan masyarakat menyemak kesahihan maklumat yang diterima.

Portal dibangunkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan itu dilancarkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak hari ini.

Menurut kenyataan MCMC, portal itu dibangunkan berikutan penularan berita palsu yang makin meruncing pada ketika ini dengan peningkatan jumlah pengguna Internet khususnya media sosial.

Penularan berita palsu itu dilihat memberi kesan yang serius ke atas keharmonian dan keselamatan rakyat.

“Berbanding dengan portal berita lain di Malaysia, portal SEBENARNYA.MY memberi fokus kepada maklumat dan pengesahan berita palsu. Kandungan yang dimuat naik adalah berita yang melibatkan kepentingan awam dan negara,” kata MCMC.

Menurut MCMC, pihaknya akan mendapatkan pengesahan daripada agensi-agensui yang terlibat atau menyemak sebarang maklumat rasmi yang ada bagi mendapatkan maklumat yang terkini, tepat dan sahih.

“Kita akan bekerjasama dengan semua pihak khususnya daripada agensi kerajaan, dan daripada pengamal media yang berkredibiliti, bagi menepis berita palsu yang tersebar.


“Portal ini hanya memberi fokus kepada berita berkaitan Malaysia sahaja, yang melibatkan kepentingan awam dan negara dan tidak akan memuat naik semua berita yang ditularkan,” kata MCMC.

Sepanjang tahun lepas, sebanyak 4,333 aduan berkaitan penyalahgunaan media baharu diterima oleh MCMC, dan daripada jumlah itu, sebanyak 36 aduan adalah berkenaan penyebaran berita palsu.

Dalam pada itu, MCMC berkata pihaknya akan mewujudkan SEBENARNYA.MY di Facebook dalam menyebarluaskan kesedaran mengenai berita palsu kepada orang ramai.

“Orang perseorangan atau mana-mana pihak tidak boleh melaporkan kes berita palsu yang bersifat peribadi atau persendirian. Namun, individu tersebut boleh membuat aduan mengenai penyalahgunaan media baharu di Biro Aduan MCMC,” katanya.

Sebarang aduan boleh dibuat menerusi ruang ‘Laporkan Pada Kami’ di portal SEBENARNYA.MY di talian aduan: 1800-188-303 atau WhatsApp kepada 016-2206262 atau emel ke [email protected] – BERNAMA

Kategori