Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Apa Perlu Buat Jika...

Pembayar cukai perlu mengemukakan Borang Nyata BN dan digalakkan untuk menggunakan e-Filing menerusi...

Tunai Dulu Janji Lama...

SHAH ALAM – Calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai...

Pemandu Langgar Enam Kenderaan...

KUALA LUMPUR : Seorang lelaki tempatan berusia 40 tahun yang melanggar enam kenderaan...

Ridzuan Gesa Musa Diam...

ISU mengenai sindiket 9 'Dragons' makin hangat dan panas nampaknya apabila pendedahan demi...

Sebutan Semula Kes Miliki Bahan Daesh Pada 11 Mei

KUANTAN – Mahkamah Majistret di sini hari ini, menetapkan 11 Mei depan sebagai tarikh sebutan semula kes seorang pengawal keselamatan yang didakwa memiliki gambar dan buku berkaitan kumpulan pengganas Daesh.

Majistret Nordiana Abd Aziz menetapkan tarikh itu selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Shahrizzat Amadan yang memaklumkan mereka masih menunggu laporan pakar.

Dalam kes ini, Ekanovaldi Abbas, 37, didakwa memiliki 32 keping gambar yang disimpan di galeri telefon bimbitnnya dan empat buah buku berkaitan dengan kumpulan pengganas terbabit.

Empat buah buku itu bertajuk Al-Wala’ Wal-Bara, Konsep Loyalitas dan Permusuhan Dalam Islam serta Tarbiyah Jihadiyah Jilid 1-16 yang didakwa dimiliki tertuduh di rumahnya di Taman Tas di sini, pada pukul 12.30 tengah hari, 27 Jan lalu.


Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau boleh dilucutkan hak mana-mana barang itu, jika sabit kesalahan.

Tertuduh yang ditahan di ruang legar Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah di sini pada 27 Jan lalu tidak diwakili peguam pada prosiding itu. – BERNAMA

Kategori