Tuesday, October 29, 2024

Creating liberating content

Teknik Pembelajaran Perlu Diolah...

MELAKA - Institusi pendidikan perlu mengolah semula teknik pembelajaran dan pengajaran mereka agar...

Remy Elak Jawab Soal...

KATA orang dalam tempoh pertunangan pasti akan hadirnya ujian berat bagi pasangan yang...

Pasukan Forensik Jumpa 37...

Susulan penemuan 139 kubur dan 28 kem penempatan mangsa pemerdagangan manusia di kawasan...

Raja Salman Jemput Imran,...

AKRAB... Penjaga Dua Masjid Tanah Suci, Raja Salman Abdulaziz Al Saud menjemput Perdana...

Selepas 999, Polis Singapura Nafi Guna Nombor 0000

SINGAPURA – Penduduk Singapura termasuk warga asing diingatkan agar lebih berwaspada jika menerima panggilan tertentu daripada nombor yang berakhir dengan angka “0000”.

Stesen penyiaran milik pemerintah, Channel NewsAsia melaporkan Pasukan Polis Singapura (SPF) terpaksa mengeluarkan amaran tersebut susulan banyak kes diterima daripada orang ramai yang berasa curiga.

Menurut pihak polis, ada mengadu menerima panggilan sedemikian dengan pemanggil mendakwa dirinya konon sebagai pegawai SPF – dan memberi amaran tegas bahawa panggilan itu sebenarnya adalah satu penipuan.

Para penerima panggilan malahan diminta untuk memberikan maklumat peribadi seperti nombor kad pengenalan oleh seorang operator yang bercakap dalam bahasa Mandarin, menurut kenyataan SPF di sini semalam.

Bagi panggilan yang tidak diangkat, kiriman mesej ditinggalkan, juga dalam bahasa Mandarin; mengarahkan pemanggil untuk menghubungi talian 999 dan pergi ke balai polis dengan membawa kad pengenalan mereka.

“Polis ingin menekankan bahawa panggilan sedemikian tidak pernah dibuat oleh para pegawai SPF. Taktik seumpama itu lazimnya digunakan oleh mereka yang melakukan kegiatan penipuan,” jelas kenyataan SPF.

Selepas 999, Polis Singapura Nafi Guna Nombor 0000

Ini adalah kali kedua polis mengeluarkan amaran seperti itu bulan ini. Dua minggu lalu, SPF mengeluarkan amaran sama memaklumkan orang ramai waspada jika menerima penggilan daripada nombor yang berakhir dengan “999”.


Polis menambah, orang ramai perlu mengambil langkah-langkah khas jika menerima panggilan telefon daripada pihak yang tidak dikenali termasuk mengabaikan panggilan sedemikian dan arahan diberikan oleh pemanggil.

SPF turut memberi panduan ringkas seperti orang ramai boleh memaklumkan akan segera meletakkan telefon dan berpura-pura menyatakan akan cuba menelefon si pemanggil semula untuk membuat pengesahan butiran.

Bagaimanapun jika tidak dilayan, jangan sesekali memberikan nama, nombor kad pengenalan, maklumat pasport, nombor telefon, alamat rumah, akaun bank atau kad kredit kerana ia memang berguna bagi para penjenayah.

Pada kelaziman, pihak SPF mengingatkan bahawa tiada agensi pemerintah republik itu yang akan meminta maklumat peribadi atau menyuruh untuk memindahkan wang menerusi panggilan telefon atau kiriman mesej.

Namun jika kurang pasti, orang ramai boleh menghubungi  talian bantuan antipenipuan menerusi nombor 1800-722 6688 atau menelungsuri laman sesawang www.scamalert.sg. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori