Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Kuch Kuch Hota Hei...

ALAHAI... 'bersemut' kami tengok kebahagiaan pasangan selebriti Aeril Zafril dan Wawa Zainal yang...

2 Beradik Di Manjung...

IPOH - Ujian sampel yang dijalankan ke atas dua beradik dari Manjung yang...

Mayat Bayi Diculik Dalam...

BAYI lelaki Adam Rayqal Mohd Sufi, 5 bulan, yang sebelum ini dilaporkan hilang...

Syria Tersilap Tembak Jatuh...

BEIRUT - Syria tidak sengaja menembak jatuh pesawat tentera Russia, mengorbankan kesemua 15...

Senjata RELA Hilang: KPN Sah Hanya 26, Bukan 44

MELAKA – Polis mengesahkan sebanyak 26 laras senjata api milik Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) daerah Selama, Perak hilang sejak awal bulan ini dan bukan 44 laras seperti dilaporkan akhbar.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, sebanyak 11 laras senjata api berkenaan bagaimanapun telah ditemui semula melibatkan 12 individu termasuk anggota jabatan tersebut serta pembeli di wilayah utara tanah air.

“Kita akan melakukan beberapa tangkapan lagi di sekitar Selangor dalam masa terdekat kerana pihak polis sudah mempunyai segala maklumat berkaitan pembeli terlibat.

Baca: TPM – Pasukan Khas Ekoran Kes Senjata Rela Hilang

“Bagaimanapun, saya memberi kelonggaran dan menasihatkan mereka yang membeli senjata api berkenaan agar dapat menyerah diri kepada polis sebelum tangkapan dibuat,” katanya.

Khalid berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Hari Terbuka Kementerian Dalam Negeri (KDN) 2017 di Kompleks KDN Melaka, Ayer Keroh, di sini hari ini.


Majlis berkenaan dirasmikan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan turut dihadiri Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

  • Lagi berita berkaitan:
  • KDN

Kategori