Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Anjing Laut ‘Berkelah’ Santai...

SYDNEY – Kisah legenda popular tempatan pernah menceritakan suatu ketika dahulu dua ekor...

Jenazah Kapten Hasman Dijangka...

KUALA LUMPUR - Jenazah pegawai Angkatan Tentera Malaysia Kapten Hasman Hussin, yang meninggal...

Najib Perjelas Rasional Lebuh...

BINTULU - Kerajaan persekutuan memberi jaminan Lebuhraya Pan Borneo tidak akan dikenakan tol...

Izzah Jamin Bawa Suara...

BUKIT MERTAJAM - Anggota Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar hari ini memberi...

Seorang Maut, 9 Cedera Dalam Kemalangan Di PD

SEREMBAN – Seorang wanita maut manakala sembilan lagi cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 260, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara berhampiran Plaza Tol Port Dickson, malam tadi.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Seremban, K. Putthiganami berkata dalam kejadian kira-kira 11.30 malam itu, penumpang kereta Toyota Innova berusia 45 tahun itu maut di tempat kejadian selepas tercampak keluar dari kenderaan.

Mangsa yang cedera ialah empat orang dewasa iaitu seorang lelaki dan tiga wanita serta empat kanak-kanak serta remaja berusia lingkungan tiga hingga 16 tahun, katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Katanya, kereta Toyota Vios yang dinaiki tiga sekeluarga terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan dan berhenti di tengah lebuh raya itu sebelum dirempuh oleh sebuah kereta Toyota Innova yang dinaiki tujuh sekeluarga dan kereta Proton Preve yang dinaiki pasangan suami isteri.


“Kemalangan itu juga menyebabkan enjin Preve itu terbakar. Bagaimanapun, pasangan suami isteri itu tidak mengalami kecederaan dan berjaya dikeluarkan
oleh orang awam sebelum 10 anggota bomba tiba di lokasi,” katanya.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ja’ afar di sini untuk bedah siasat manakala mangsa yang cedera turut dihantar ke hospital berkenaan untuk rawatan. – BERNAMA

Kategori