Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Makhluk Asing Menonton Manusia...

SABAN tahun ramai yang bertanya adakah wujud kehidupan lain di alam semesta ini...

Petronas Kekal Tumpu Perniagaan...

KUALA LUMPUR - Petronas akan terus menumpukan perniagaan gas cecair asli (LNG) untuk...

Geng ‘Pie’ Tumpas Di...

KOTA KINABALU – Geng “Pie”, yang melakukan kegiatan pecah rumah di sekitar Kota...

Mahkamah Persekutuan Tolak Permohonan...

KUALA LUMPUR : Mahkamah Persekutuan sebentar tadi menolak permohonan Datuk Seri Najib Razak...

Seorang Maut, Seorang Cedera Dalam Kemalangan

PORT DICKSON – Seorang penunggang motosikal maut manakala seorang pemandu kereta cedera dalam kemalangan membabitkan enam kenderaan di KM21, Lebuhraya Seremban-Port Dickson arah Serembah, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 pagi itu, kereta Perodua Myi yang dipandu mangsa terbakar dan pihak bomba mengambil masa dua jam untuk memadamkan api.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson, Mohamed Gadaffi Abd Manaf berkata pemandu kereta berkenaan dilaporkan cedera dan dibawa keluar oleh orang ramai manakala penunggang motosikal itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Katanya, empat buah kenderaan lain bagaimana hanya terbabit dalam kemalangan kecil dipercayai cuba mengelak kemalangan itu.

Bagaimanapun, kesemua mangsa tidak mengalami kecederaan.


“Ketika sampai ke lokasi kejadian, pemandu kereta jenis Perodua Myvi telah pun dibawa keluar manakala penunggang motosikal telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang sampai ke tempat kejadian,” katanya kepada Bernama di sini..

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Port Dickson untuk dibedah siasat manakala pemandu kereta yang cedera turut mendapat rawatan lanjut di hospital sama. – BERNAMA

Kategori