Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Ingati Dan Contohi Nilai...

MELAKA - Anggota UMNO perlu mengingati dan mencontohi nilai ketaatan, kesetiaan dan ketulenan...

TLDM Lancar Kad Rakam...

LUMUT - Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) hari ini melancarkan kad Rakan Maritim...

Kedutaan Ireland Bantu Urusan...

SEREMBAN - Kedutaan Ireland di Kuala Lumpur akan membantu urusan tuntutan mayat remaja...

Angkat Sumpah Exco Johor...

JOHOR BAHRU : Majlis angkat sumpah ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Johor...

Seorang Melecur Teruk Dalam Kebakaran Kilang

KUCHING – Dua pekerja cedera dan melecur dalam kebakaran sebuah kilang menghasilkan jongkong, kepingan, sel dan modul solar di Kawasan Perindustrian Samajaya, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7 pagi itu, mangsa Liang Yuu, seorang warga China, melecur seluruh badan manakala pekerja tempatan, Qhairul Apdar Mohd Firdaus, 23, cedera ketika cuba menyelamatkan diri dari tingkat dua kilang tersebut.

Seorang Melecur Teruk Dalam Kebakaran Kilang

Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Lingg Hii berkata, 40 peratus peralatan mekanikal yang ditempatkan di tingkat atas jilang itu musnah dalam kebakaran itu.

Kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan, katanya dalam kenyataan di sini.


Katanya, pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran itu pada jam 7.11 pagi dan segera mengerahkan 20 anggotanya dari Balai Bomba dan Penyelamat Tabuan dan Balai Bomba dan Penyelamat Kuching bersama beberapa jentera.

Bagaimanapun, katanya, api berjaya dikawal oleh anggota pasukan penyelamat kilang sebelum pasukan bomba tiba empat minit kemudian. – BERNAMA

Kategori