Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Sarjan Polis Didakwa Rogol...

IPOH: Seorang anggota polis berpangkat sarjan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di...

Bahana Drama Nur, Sup...

KECOH betul pasal sup bunjut sejak kebelakangan ini. Mana tidaknya, sejak semalam topik...

Mayat Warga Vietnam Lemas...

MIRI - Mayat warga Vietnam yang mati lemas di sungai Kemena, Bintulu ditemukan...

APMM Lakukan Pelayaran Ehsan...

KUALA TERENGGANU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) melakukan pelayaran ehsan bagi membantu...

Penyelam Warga China Maut Di Pulau Sipadan

SEMPORNA – Seorang lelaki warga China maut ketika menyertai aktiviti menyelam di Barracuda Point, Pulau Sipadan di sini pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Semporna, Supritendan Peter Umbuas berkata mangsa dikenali sebagai Ng Chi Ming berusia 53 tahun.

Menurutnya, sekumpulan 11 pelancong telah menyelam di kawasan itu pada 6.44 pagi sebelum kehilangan seorang daripadanya disedari 10 minit kemudian oleh jurulatih selam kumpulan terbabit yang berusia 26 tahun.

“Ekoran itu jurulatih selam berkenaan melakukan pencarian selama 45 minit di sekitar kawasan selaman sebelum meminta bantuan daripada pihak pengurusan Taman-Taman Sabah.

“Pencarian mangsa kemudian dijalankan dengan melibatkan anggota pasukan keselamatan termasuk Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


Peter berkata mangsa ditemui pada kira-kira 8.55 pagi dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum dibawa ke Hospital Semporna dan disahkan meninggal dunia. – BERNAMA

Kategori