SYDNEY – Seorang lelaki berusia 18 tahun bernasib baik apabila terselamat daripada dibaham seekor buaya di sebuah sungai di utara Queensland, lapor agensi berita China Xinhua.
Menurut seorang anggota paramedik, kejadian berlaku pada awal pagi Ahad apabila lelaki dikenali Lee de Paauw itu terjun ke dalam Sungai Johnstone selepas dicabar oleh rakannya.
Sebaik melihat seekor buaya menghampiri mangsa dan menyerang mangsa, rakannya segera memberikan bantuan dengan menarik mangsa keluar.
Menurut seorang ketua penjaga reptilia di Zoo Australia Daniel Rumsey, remaja itu amat bernasib baik kerana berjaya menyelamatkan diri.
“Jika buaya tersebut dapat mengigit bahagian lain selain daripada bahagian lengan mangsa ia mungkin boleh membunuh mangsa,” katanya.
De Paauw mengalami kecederaan teruk pada lengannnya bagaimanapun kecederaan lengannya berjaya diselamatkan pakar bedah hospital Cairns dan menurut doktor ia boleh pulih seperti biasa. – BERNAMA