Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Tiga Dikejarkan Ke Hospital...

Balik Pulau : Tiga guru dan kakitangan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Bayu...

Ringgit Dibuka Rendah Berbanding...

KUALA LUMPUR - Ringgit mencatatkan penurunan sekali lagi apabila dibuka rendah pagi ini...

Muafakat Nasional Kembalikan Kuasa...

KUALA LUMPUR - Penyatuan Ummah yang terjalin dengan Piagam Muafakat Nasional antara UMNO...

FAMA Buka 97 Lokasi...

PUTRAJAYA - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) akan membuka pusat jualan barangan segar...

Sharbinee Akan Kembali Bersama Terengganu

KUALA NERUS – Penjaga gol utama pasukan Terengganu, Mohd. Sharbinee Allawee Ramli dijangka kembali bersama skuad itu selepas selesai menjalani rawatan.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata kesihatan Sharbinee menunjukkan perkembangan positif dan ketiadaannya sejak kebelakangan ini bukan bererti dia telah digugurkan.

Tanpa menjelaskan penyakit yang dialami penjaga gawang itu, beliau berkata Sharbinee diberi rehat selama enam bulan bagi menjalani rawatan dan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) tiada masalah mengenainya.

“Kita tiada masalah berhubung perkara itu kerana sentiasa menjaga kebajikan pemain. Sharbinee akan terus dibayar gaji seperti biasa dan akan diberi rehat sepenuhnya sehingga keadaannya mengizinkan.

“Saya dimaklumkan hasil rawatan menunjukkan ada peningkatan dan doktor memberi jaminan dalam masa enam bulan Sharbinee akan sembuh, sekali gus boleh bermain seperti biasa,” katanya selepas majlis PBSNT Bersama Penyokong, Penaja dan Media di Duyong Marina & Resort, di sini.

Baru-baru ini berita penyakit jangkitan kuman pada paru-paru dialami Mohd. Sharbinee tular di media sosial dan dikatakan telah digugurkan dan tempatnya digantikan Suffian Abdul Rahman.


Sementara itu, mengulas pertemuan suku akhir pertama Piala FA menentang Sarawak pada 1 April ini, Ahmad Razif menuntut skuad Penyu meneruskan kemaraan bagi membuktikan mereka mampu bersaing di peringkat lebih tinggi.

Katanya perlawanan itu sangat penting kerana Terengganu kini pada landasan tepat untuk meraih kejuaraan musim ini.

“Di bawah kendalian pengendali berpengalaman, Irfan Bakti Abu Salim, kami juga kini di kedudukan kedua Liga Perdana dan perlu segera kembali ke Liga Super.

“Kejayaan dan kemenangan sangat diperlukan untuk membalas kepercayaan penyokong yang sentiasa bersama selain memberikan sesuatu untuk dirai rakyat negeri ini,” katanya. – BERNAMA

Kategori