Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Ibu Dukung Anak 30kg...

KUALA BERANG - Demi keselamatan anak yang dikasihi, seorang ibu sanggup mendukung anaknya...

Russia Tawan Pulau Di...

MOSCOW: Tentera Russia menawan Pulau Zmiinyi Island di Laut Hitam, di mana 82...

Mujahid Nafi Keluar Arahan...

SEPANG - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa menafikan...

Haha.. Pemandu Lori Ni...

ORANG Malaysia memang tak dinafikan kreatif-kreatif belaka gayanya.Sebagai contoh, lihatlah gambar di bawah...

Siaran Langsung 24 Acara Sukan SEA – Khairy

PETALING JAYA – Peminat sukan di rantau ini bakal menerima siaran berkualiti tinggi sewaktu temasya Sukan SEA 2017, apabila 24 daripada 38 jenis sukan yang dipertandingkan akan disiarkan secara langsung.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata jumlah siaran langsung membabitkan lebih daripada 60 peratus sukan yang dipertandingkan, akan disiarkan menerusi televisyen dan streaming mulai 19-31 Ogos.

“Ini adalah liputan secara langsung paling banyak dalam sejarah temasya sukan ini. Setakat ini, saya sangat gembira dengan kerjasama yang diterima daripada badan penyiaran serantau.

“Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA Malaysia (MASOC) mahu memastikan kita menampilkan persembahan terbaik untuk penonton di gelanggang serta di rumah menerusi siaran berkualiti tinggi,” katanya selepas perasmian mesyuarat kedua hos penyiaran di sini hari ini.

Sebanyak 15 badan penyiar dari tujuh negara ASEAN serta satu penyiar antarabangsa, International Games Broadcast Services (IGBS) dari Switzerland, menghadiri menyuarat ini.

Khairy, yang juga Pengerusi MASOC berkata penyiar perlu memainkan peranan penting dalam menampil detik menarik yang menunjukkan saat kejayaan atau kekecewaan atlet sewaktu Sukan SEA kepada orang ramai di dunia, khususnya di ASEAN.

Mengenai persiapan gelanggang, Khairy berkata Bandaraya Sukan Kuala Lumpur di Bukit Jalil sudah 80 peratus siap dan dijangka diserahkan pada Julai manakala Velodrom Nilai akan dibuka bulan depan.


Sementara itu, Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Datuk Low Beng Choo berkata matlamat utama penubuhan Jawatankuasa Penyiaran Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) minggu lepas adalah bagi membolehkan temasya itu disaksikan seramai mungkin di rantau ini.

“Selari dengan tema Sukan SEA iaitu Bangkit Bersama, kami mahu memastikan siaran berkualiti tinggi serta disiarkan sebanyak mungkin ke negara-negara termasuk Timor Leste.

“Jadual bagi penyiaran sudah ditetapkan…ia bukan sahaja merangkumi sukan tumpuan bagi Malaysia, tetapi ada juga sukan tumpuan bagi negara lain dan sukan kurang popular dan baharu seperti speed skating,” katanya.

Dua puluh empat sukan yang dipilih untuk siaran langsung itu adalah olahraga, akuatik (terjun, renang, renang seirama dan polo air), bola sepak, berbasikal (trek), bowling, biliard dan snuker, ragbi 7 sepasukan, angkat berat, ping pong dan gimnastik (artistik dan gimrama).

Turut dipilih luncur ais (pecut), tinju, muay thai, karate, taekwondo, pencak silat, wushu, bola keranjang, badminton, bola jaring, sepak takraw, skuasy, memanah dan hoki. – BERNAMA

Kategori