Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Mangsa Banjir Di Selangor,...

KUALA LUMPUR - Keadaan banjir di Selangor dan Melaka semakin baik dengan jumlah...

Banyak Negara Lain Laksana...

KUALA KANGSAR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pemberian Bantuan...

QZ8501: Najib Ucap Takziah...

PUTRAJAYA - Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada Indonesia berhubung tragedi yang menimpa pesawat...

Terkejut Perak Kenduri Gol...

IPOH - Pengendali Perak, Mehmet Durakovic mengakui terkejut dan tidak menjangkakan pasukannya mampu...

Siasatan Pihak Luar Menyalahi Undang-Undang

KUALA LUMPUR – Siasatan yang dijalankan pihak luar termasuk ejen Korea Utara berhubung kes pembunuhan Kim Jong-nam adalah menyalahi undang-undang, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Khalid berkata mana-mana pihak yang ingin melakukan siasatan perlu mendapat kebenaran polis kerana ia dikhuatiri akan mengganggu siasatan polis Malaysia.

“Jika mereka hendak jalankan siasatan di sini (Malaysia), sama ada ejen atau anggota risikan dan badan perundangan, mereka perlu dapatkan keizinan dan perakuan terlebih dahulu.

“(Sebarang bentuk siasatan yang dijalankan adalah menyalahi undang-undang) kerana mereka tidak mempunyai kuasa untuk menyoal sesiapa dan melihat sebarang dokumen,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Kenderaan jenis KIA Sorento CRDI SUV 4×4 di Bukit Aman di sini hari ini.

Khalid diminta mengulas laporan kononnya ada ejen Korea Utara kini menjalankan siasatan berhubung kes pembunuhan Kim Jong-nam di negara ini.

Sementara itu, Khalid mahu kesemua suspek yang berada di Kedutaan Korea Utara di sini supaya menyerah diri.

“Tak kira siapa di dalam itu, tiga orang kita mahukan yang ada di dalam itu (kedutaan),” katanya.


Tiga individu yang dipercayai berada di premis kedutaan Korea Utara ialah Setiausaha Kedua Kedutaan Korea Utara, Hyon Kwang-song, 44, dan kakitangan syarikat penerbangan Air Koryo, Kim Uk-il, 37, serta Ri Ji-u, 30, yang juga dikenali sebagai James.

Pada 13 Feb lepas, Jong-nam dibunuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 ketika menunggu penerbangan ke Macau.

Dia dihampiri dua wanita yang menekup mukanya dengan bahan yang kemudian dikenal pasti sebagai agen saraf VX.

Jong-nam, yang menggunakan pasport atas nama Kim Chol, mati ketika dibawa ke Hospital Putrajaya. – BERNAMA

Kategori