Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Pendaftaran GST Meningkat Kepada...

KUALA LUMPUR - Sehingga semalam, jumlah syarikat yang mendaftar untuk Cukai Barang dan...

Malindo Lakukan Penerbangan Sulung...

KOTA KINABALU - Penerbangan sulung Malindo Air menggunakan pesawat Boeing 737NG dari Singapura...

Petronas Penapisan Melaka Salur...

MELAKA - Petronas Penapisan (Melaka) Sdn. Bhd. menyalurkan RM175,300 kepada anak yatim, keluarga...

PAS Sokong Ismail Sabri...

PETALING JAYA : Pas menyokong keputusan UMNO mencalonkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob...

Sistem Pendawaian Elektrik 50 Hospital Dinaik Taraf

SEGAMAT – Kementerian Kesihatan Malaysia akan menaik taraf sistem pendawaian elektrik 50 hospital kerajaan melibatkan kos antara RM500 juta hingga RM600 juta.

Menterinya Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata keutamaan kerja menaik taraf itu akan dijalankan secara berperingkat kepada hospital yang berusia lebih 50 tahun.

“Selain itu, kami juga sudah mengenal pasti hospital yang berusia lebih 30 tahun dan juga perlu diperbaiki sistem pendawaian elektriknya bagi memastikan keselamatan bangunan sentiasa terjamin.

“Kami sudah berbincang dengan Perdana Menteri untuk peruntukan tambahan dan berharap agar kerja-kerja penambahbaikan ini dapat dilakukan segera,” katanya kepada pemberita selepas meninjau kesan kebakaran kecil di Hospital Segamat semalam, di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah Jabatan Kesihatan Johor, Dr. Rooshaimi Merican A. Rahim Merican; Pengarah Hospital Segamat, Dr. Mohtar Ahmad dan Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Putra, Mohd Aizat Mamat.

Antara hospital lama yang terlibat ialah hospital yang berusia lebih 100 tahun iaitu Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor; Hospital Batu Gajah, Perak; Hospital Kuala Lumpur; Hospital Balik Pulau, Pulau Pinang dan Hospital Pulau Pinang.


Sementara itu, Dr. Subramaniam berkata kebakaran kecil di stor simpanan cadar dalam sebuah wad di Hospital Segamat semalam, mungkin tiada kaitan dengan kecuaian manusia.

Beliau yang juga Anggota Parlimen Segamat bagaimanapun berkata, pihak kementerian sedang menunggu laporan siasatan untuk jawapan yang kukuh.

“Mereka masih menyiasat punca kebakaran dan kami difahamkan bahawa sebelum kejadian terbabit, tiada siapa yang keluar masuk stor simpanan cadar berkenaan,” katanya.

Kebakaran tersebut memusnahkan 10 peratus stor simpanan cadar hospital di bilik linen di Wad 3 itu dan mengakibatkan 45 pesakit Wad 3 dan 16 pesakit Wad 4 dikeluarkan sebagai langkah keselamatan. – BERNAMA

Kategori