MUNGKIN hanya pandai memperjuangankan retorik hak asasi manusia namun hakikatnya tidak berani bersemuka dengan kebenaran.
Itu gambaran sesuai yang layak diberikan kepada aktivis liberal, Siti Kassim selepas menolak pelawaan untuk bertemu dengan pendakwah antarabangsaĀ Dr. Zakir Naik bagi membincangkan isu-isu yang dibangkitkan.
Siti Kasim atau nama sebenarnyaĀ Siti Zabedah Kasim enggan bersemuka dengan pendakwah itu selepasĀ Pegawai Khas Pejabat Penasihat Perdana Menteri, Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahaya cuba mengaturkan pertemuan dengannya.
Kaitan:Ā āSaya Tak Kisah Bertemu Dengan Merekaā ā Zakir Naik
Peguam wanita ituĀ dalam status terbaharu di laman Facebook menanggap cadangan pertemuan itu sebagai ‘bodoh’ dan hanya mahu pihak berkenaan berhenti membuang masa.
“Mari kita ketepikan cabaran bodoh perbahasan di antara saya dan Dr. Zakir Naik.
“Jika orang-orang bodoh ini berfikir bahawa saya mengalami obsesi tidak rasional dan tidak produktif dengan apa yang orang lain fikir mengenai saya, maka mereka boleh kekal sebagai keldai selama-lamanya. Jadi berhenti buang masa saya,“ katanya.
Menurutnya, mengapa hanya dia dan Asiah Abdul Jalil yang disebut-sebut untuk berdebat sedangkan, dalam saman tersebut terdapat 19 orang yang mengutarakan perkara sama.
āFakta bahawa terdapat ‘seekor keldai’Ā memilih saya dan Asiah amat ketara sekaliĀ menggunakan isu gender.Ā Adakah mereka fikir wanita tidak berani berhadapan isu ini.
“Terdapat 19 orang sependapat dalam saman itu dan mereka hanya menyerang dua daripada kami,” kata wanita itu.
Kenyataan Siti Kasim itu dipercayai merujuk kepada tindakan 19 aktivis liberal termasuk dirinya dan Asiah Jalil untuk mendapatkan perintah mahkamah bagi mengisytiharkan pendakwah itu ancaman kepada keselamatan negara.
Semalam, Fathul Bari menyifatkan perjuangan Siti Kassim, hanya retorik semata-mata jika dia enggan bertemu Dr. Zakir Naik dan maklum balas kesediaan pendakwah antarabangsa itu untuk berdebat dimuat naik menerusi laman sosial pada Jumaat lepas. – MYNEWSHUB.CC