Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Atuk ‘Terajang’ Perogol Berbogel...

GOMBAK - “Saya tergamam melihat lelaki itu dalam keadaan berbogel menindih tubuh isteri...

Paderi Tak Sokong Gay,...

SEORANG pastor (ketua agama) penyokong anti-gay mendapat malu besar apabila 'kantoi' bermesra-mesra dengan...

Mahathir Paling Kuat Tentang...

SEREMBAN - Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad didakwa paling kuat menentang...

Hazama Redha Belum Sampai...

SETIAP pasangan suami isteri pasti menginginkan cahaya mata bagi melengkapi institusi kekeluargaan yang...

Skandal Hartanah, Datuk Latif Bandi Ditahan SPRM

EXCO Kerajaan Negeri Johor, Datuk Abdul Latif Bandi yang kini sedang bercuti dari jawatan ditahan SPRM 11 pagi Khamis dalam kes skandal hartanah yang melibatkan anak dan pegawainya.

Beliau merupakan Pengerusi Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan sebelum ini memohon cuti itu hingga siasatan kes berkenaan selesai dan ia telah diluluskan.

Penahanan beliau disahkan oleh Ketua Persuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad semasa beliau sedang buat lawatan ke pejabat akhbar The Star di Kuala Lumpur.

Beliau ditahan semasa dipanggil ke pejabat SPRM Johor Bharu untuk beri keterangan.

Pada 24 Februari lepas, SPRM menahan enam individu iaitu anak dan seorang pegawai khas kepada seorang exco kerajaan negeri, dua orang pemaju, seorang peguam dan seorang orang awam yang dipercayai terlibat dengan skandal rasuah dan penyelewengan hartanah di negeri ini.

Pada 28 Februari pula, SPRM turut menahan seorang lagi kontraktor lelaki dipercayai suspek ketujuh dalam kes berkenaan.

Mahkamah Majistret Johor Bahru kemudian melanjutkan perintah reman selama tujuh hari bermula Jumaat lepas hingga 9 Mac ini terhadap empat daripada enam lelaki itu manakala dua daripada mereka dibebaskan dengan jaminan SPRM.


Pagi Khamis empat individu termasuk anak dan pegawai khas EXCO berkenaan dibebaskan dengan jaminan SPRM selepas ditahan selama 14 hari berhubung siasatan skandal rasuah hartanah Johor.

Kes itu dikatakan melibatkan penukaran status hartanah dari bumiputra kepada bukan bumiputra.

SPRM telah merampas sebilangan kereta mewah dan membekukan akaun bank  mereka yang berkenaan. – Agenda Daily 

Kategori